CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 6

Pemadam Gergasi Mungkin Terbesar Di Dunia Berharga RM439

[Copy link]
Post time 5-1-2023 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah syarikat di Jepun menghasilkan pemadam gergasi berukuran 276 x 141 x 43 millimeter (mm) dengan berat lebih 2.2 kilogram (kg), lapor laman Oddity Central kelmarin.


Syarikat Seed yang diasaskan pada 1915 adalah salah satu yang tertua dalam perniagaan itu.


Barisan produk pemadamnya dianggap yang paling popular, Radar dilancarkan pada 1968. Ia dengan pantas mendapat permintaan tinggi dalam pasaran Jepun.




Amazon




Kelebihan tekstur licin dan prestasi pemadaman yang sempurna menjadikan pemadam Radar berjaya dikomersialkan, walaupun julat harga premiumnya adalah antara 20 yen (60 sen) hingga 50 yen (RM1.60) ketika harga pemadam biasa sekitar 10 yen (30 sen).


Barisan produk Radar sejak itu menjadi semakin kukuh dengan kemunculan pelbagai bentuk dan saiz.


Pemadam 2.2 kg yang dinamakan Radar S-10000 itu adalah yang terbesar dalam barisan produk Radar, sekali gus berkemungkinan terbesar di dunia.


Ia adalah 200 kali lebih berat berbanding pamadam standard, Radar S-60. Bagaimanapun, kedua-duanya diperbuat daripada bahan yang sama, maka prestasi pemadaman adalah setara.




Amazon




Menurut sumber jabatan pembangunan produk Seed, pembuatan pemadam gergasi itu bermula dengan idea pemberian hadiah.


Syarikat itu kemudian menghasilkan pemadam yang lebih besar walaupun sudah memiliki dua model pemadam gergasi iaitu S-1000 (130 x 66 x 27 mm) dan S-JUMBO (160 x 75 x 27 mm).


Pemadam Radar S-10000 telah lama wujud, tetapi baru-baru ini kembali tular di Jepun selepas pengguna menyiarkan gambarnya di Twitter.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada maknanya kau pecah rekod pemadam terbesar sedangkan panjang nonek kau maintain antara yang terpendek di dunia yach sister.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemadam saja sama besar dengan buku dah. Sekali sapu habis satu muka buku disapu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la pemadam giant ni baru nak ada. Kalau msa darjah 1 dulu wujud benda ni nescaya dah abes kene gigit. Dulu2 ada pemadam bentuk kacang la stroberi la siap ada bau lagi. Bentuk dan warna mmg real mcm betul2. Masa 1985 ada soping kompleks jepun punya kot KIMISAWA kat KL..mmg best2 alat tulis dia  Skrg susah nak jumpa kat bookshop nak tunjuk kat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik nak beli lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 07:51 AM | Show all posts
Teringat joke tentang rubber antara british english dan american english..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2023 07:57 AM | Show all posts
iols suka eraser brand faber castel
lembut dan mudah untuk hilangkan kesan tulisan







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043312 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list