CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 2

Amir Masdi Nak Fokus Jaga Solat, Dituduh Duduk Rumah Mak Ayah Sebab Takut Hanyut

[Copy link]
Post time 5-1-2023 07:08 PM | Show all posts |Read mode
“Ibu pesan, kalau hendak berjaya dunia akhirat jangan tinggal solat. Disebabkan itu, tahun ini saya mahu lebih fokus jaga solat.


Itu jawapan penyanyi muda, Amir Masdi tatkala ditanya tentang perancangan kerjaya seninya dan azam memasuki tahun baharu, 2023.


Jelas penyanyi Debu ini, dia meletakkan azam baharu setiap tahun untuk terus memperbaiki ibadah walaupun sibuk dengan jadual seni.


Foto: IG




“Lebih tumpuan kepada amal ibadah untuk memperbaiki diri. Kalau boleh, setiap tahun mahu lebih baik. Saya berpegang kepada prinsip suara, rupa, kejayaan dan rezeki semua datang daripada Dia.


“Saya kena ingat dan pegang kepercayaan itu. Macam mana sibuk sekali pun, perkara wajib kena buat. Tidak boleh tinggal dengan alasan tidak sempat,” ujarnya.




  



Amir juga menolak persepsi segelintir pihak yang menganggap pilihannya untuk terus tinggal di rumah ibu bapa adalah kerana tidak mahu hanyut dengan sisi gelap dunia seni.


“Bukan sebab takut hanyut. Insya-Allah, saya pandai jaga diri. Saya tidak mahu membazir, nanti kena bayar sewa rumah dan pelbagai urusan lain. Lagipun, saya sudah ubah suai bilik menjadi studio tempat bekerja.


“Ibu bapa saya pun tidak kacau apabila dengar saya menulis atau bermain muzik. Mereka sudah faham waktu kerja saya,” katanya yang giat memperomosikan single baharu, Biru Malam, kolaborasi bersama Chubb-E.




  



Bercakap soal kerjaya seni, Amir sedang sibuk mencari material baharu untuk dimuatkan dalam album yang bakal dilancarkan tahun ini.


“Saya memang fokus kepada genre rock, tetapi terbuka untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan unik. Kolaborasi lain daripada lain.


“Lagu baharu juga sedang dirancang. Tetapi, kalau ada yang minta saya menyanyikan lagu rock malar segar yang lain, mungkin tidak. Cukuplah Sepi Sekuntum Mawar Merah,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 08:43 AM | Show all posts
dah tu kena komen apa ni apa ni xmarik lagsg ko ni amir masdi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Amir ni kalo rambut pendek comelnya la mcm budak sekolah. Ko takde gossip dgn pompuan ke? Gossip clubbing mcm edy tu ke? Takde belanja body kat ig ke? Hmm..its okay jadi baik. Rezeki tak salah alamat. Andai kata rezeki setakat cukup mkn pon, kalo ko tak main forex, jaga solat, insyaAllah sentiasa cukup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list