View: 1454|Reply: 11
|
Meerqeen Tak Nak Sekadar Jual Muka Hensem
[Copy link]
|
|
Tersenarai antara 100 lelaki terkacak 2022 dilihat sebagai satu pencapaian membanggakan selain permulaan tahun baharu yang baik buat pelakon Meerqeen.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata pengiktirafan itu menjadi satu tanda aras dalam kerjaya seninya untuk lebih dikenali di peringkat global.
"Syukur dengan pencapaian tersebut. Saya pun tidak sangka segala usaha penat bekerja sepanjang tahun lalu 'dibayar' dengan satu pengiktirafan sebegini.
"Ia juga satu permulaan baik untuk saya terus maju dalam kerjaya sepanjang tahun 2023 ini. Siapa tahu ia boleh menjadi batu loncatan untuk nama saya semakin dikenali dan dapat peluang bekerja di negara lain," katanya kepada mStar.
Foto: IG
Sebelum itu nama Meerqeen menduduki kedudukan ke-55 dalam senarai Lelaki Wajah Kacak 2022 seperti yang dikeluarkan oleh TC Candler pada 28 Disember tahun lalu.
Selain Meerqeen, pelakon Anna Jobling juga masuk senarai di kedudukan ke-84 bagi Wanita Wajah Cantik 2022.
Lebih membanggakan hanya mereka berdua sahaja selebriti asal Malaysia yang berjaya lolos dalam senarai tersebut.
Selebriti lelaki lain yang tersenarai di tangga teratas adalah Henry Cavill, Hwang Hyunjin dan Timothee Chalamet.
Sementara itu, model Amerika Syarikat iaitu Jasmine Tooks berada di tempat pertama dan diikuti dua artis Korea Selatan iaitu Nacy serta Lisa.
Meskipun pengiktirafan diberikan pada sudut wajah, Meerqeen tidak mahu ia dianggap sebagai satu sandaran untuk nama kekal bertahan dan terus dikenali dalam kalangan peminat.
Sebalik pelakon ini mahu menonjolkan bakat sebenar dalam dunia seni dan harap diberi lebih banyak peluang untuk mencuba pelbagai watak bagi membuktikan kehadirannya sebagai anak seni bukanlah sekarang mencari populariti.
"Kalau boleh saya tidak mahu berada di dalam industri seni ini hanya dengan 'jual' rupa sahaja. Biarlah bakat lakonan saya memberi kesan kepada penonton seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini menerusi drama Melur Untuk Firdaus.
"Saya terbuka untuk menerima pelbagai cabaran dari segi watak. Malah banyak lagi yang perlu diteroka supaya melengkapkan profil sebagai anak seni," ujarnya.
Sementara itu, gandingannya bersama Anna dalam drama terus menjadi sebutan ramai sehingga masih ada yang menganggap mereka berdua sebagai pasangan kekasih.
Tidak mahu ambil pusing gosip tersebut, Meerqeen berkata fokusnya kini lebih tertumpu mengukuhkan kerjaya dan bukan soal cinta.
"Terpulanglah apa sahaja orang nak anggap tentang kami. Biarlah mereka terus buat andaian. Saya pun tak mahu komen lanjut kerana perkara ini sudah banyak kali diperkatakan.
"Lebih baik sekarang ini saya fokus kepada kerjaya seni," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
new colleague aku ada iras dia (chinese)
tinggi pon sama.. hensemm |
|
|
|
|
|
|
|
ala kejap je org rasa ensem. jap lagi jadi cam capik kyle la org xpandang dah |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti adik baby dia pulak jadi lagi ensem... |
|
|
|
|
|
|
|
Muda bergetah lagi, jual la rupa tu. Karang dah tua merenyut... sape pun x pandang. Asal ko bahagia dek non. |
|
|
|
|
|
|
|
Nape i tgk dia biasa2 je. Something wrong with my eyes ke? Lps tu tgk interview die dgn amelia handerson tu knp die sikit2 ckp ade do blkg? Mcm ye do.. ape do.. like wth?? |
|
|
|
|
|
|
|
Why aku rasa die tak hensem pun? so biashe-biashe..ke mata aku yang kero? |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa Lee Zii Jia je pun
#dengki
|
|
|
|
|
|
|
|
hensem je aku tgk dia..tgk ada satu program yg dia pakai baju melayu sambil outing kat korea..dengan tinggi dan proportion badan dia yg cantik..rasa x seganla nak show off rakyat malaysia kat korea sana...even org korea pun ada yang puji dia hensem. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak quite attractive pula kat sini. I think this guy got potential. Dapat offer berlakon di Thailand dan Filipina. Baguslah, i sokong je, biar ada ramai pelapis yang berbakat dan ada rupa. Drama online yang dia berlakon di Indonesia tu pun bukan sinetron bodoh2 tu tapi produced by bank nasional Indonesia untuk create awareness about scammer. So, good luck lah dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
minahtaugeh replied at 6-1-2023 09:31 AM
Nape i tgk dia biasa2 je. Something wrong with my eyes ke? Lps tu tgk interview die dgn amelia hande ...
Dia muda lagi wak. Kadang nak tegur jugak apa dia kata. Pastu dekat Ss suka mencarut. Meerqeen plis fix and b professional in front of camera |
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 6-1-2023 01:41 PM
Nampak quite attractive pula kat sini. I think this guy got potential. Dapat offer berlakon di Thail ...
Muka dia memang laku. Ada commercial
look sangat. Harap2 mak bapak dia pandai jaga dia n dia sendiri pandai bawak diri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|