CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3063|Reply: 26

Tukang Masak Maut Dibom Dipercayai Angkara Cemburu

[Copy link]
Post time 4-1-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki terbabit kes letupan bom buatan sendiri di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut, direman tujuh hari.


Lelaki berusia 33 tahun dan isterinya, 30, ditahan di Serdang, Kedah, malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Mereka kemudian terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.




Polis memeriksa kejadian letupan daripada sebuah kotak di depan sebuah restoran di Pandan Indah yang menyebabkan seorang tukang masak maut. - Foto PDRM





Kedua-dua suspek terbabit direman bermula hari ini sehingga 10 Januari ini.


Setakat ini kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu lelaki yang ditahan terhadap mangsa.


Dalam kejadian jam 8.50 malam, pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak sebuah restoran di Pandan Indah, maut selepas membuka sebuah bungkusan yang diletakkan atas bonet keretanya.


Bungkusan berkenaan kemudian meletup secara tiba-tiba sebelum mangsa mengalami kecederaan serius pada badan dan tangannya.


Mangsa maut pada jam 9.50 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.


Terdahulu, sumber berkata polis memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan itu di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi.




Kereta milik mangsa yang berlaku letupan berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang Jaya. - Foto PDRM




Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Setakat ini, daripada siasatan polis di tempat kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.


Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Polis percaya suspek kejadian letupan itu menggunakan bom buatan sendiri. Rumusan itu dibuat susulan penemuan objek tertentu di lokasi kejadian yang mana polis percaya ia adalah kandungan untuk menghasilkan bom.


Antara bahan yang ditemui adalah peranti powerbank, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri.


Polis turut tidak menolak kemungkinan ada lagi bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan letupan namun ia mungkin sudah hangus semasa kejadian.


Polis juga mengesyaki kemahiran membuat bahan letupan dipelajari menerusi media sosial.




Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..jeles.sebab yang mati tu hensem.dari kau ke?
Gila.punya pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Berskandal dgn bini org ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cemburu apa. cerita la detail sikit. dengki pandai masak ke. lemah media msia ni, spt biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:01 PM | Show all posts
artikel ni tulis mangsa membuka bungkusan sebelum meletup...aku tengok youtube short mangsa belum sempat bukak dah meletop dan tercampak..

pandai2 aje wartawan tak sekolah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau stok2 somi yg bininya dilap lpas makan oleh kwn lelaki. Buat cmni..abisla pupus skandal dlm pejabat.. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kata cemburu seorang lelaki tak dahsyat tak teruk macam pompuan? Tengok, bom terus kau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 4-1-2023 07:02 PM
Ni kalau stok2 somi yg bininya dilap lpas makan oleh kwn lelaki. Buat cmni..abisla pupus skandal dlm ...

So para skandal2 sekelian..hati2 jgn sampai kena bom pulak ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 07:11 PM | Show all posts
mebi deme pun ada kedai makan.. yg dibom ni harus lagi sedap masakan dr yg anto bom

mula2 ingat nak cederakan tangan je so that tak boleh masak lagi.. tiber jadi kes bunuh

cash le kome2 oiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2023 07:07 PM
Sapa kata cemburu seorang lelaki tak dahsyat tak teruk macam pompuan? Tengok, bom terus kau.

Teringat pulak tuya. Cemburu seorang perempuan.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2023 07:07 PM
Sapa kata cemburu seorang lelaki tak dahsyat tak teruk macam pompuan? Tengok, bom terus kau.

Cemburu seorg isteri pun penah menyebabkan letupan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2023 07:07 PM
Sapa kata cemburu seorang lelaki tak dahsyat tak teruk macam pompuan? Tengok, bom terus kau.

Kan..itu pun ada hati berpoligami tak fikir cemburu isteri tgk suami bermesra dgn madu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 09:17 PM | Show all posts
kalau cemburu sbb pompuan..baik bom bini tu sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bunuh la si bini tu skali.. tepuk sebelah tangan takkan berbunyi..

Cerai laa... daripada curang.. tak baik sakitkan hati orang, apatah lg suami yg sah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma najib je boleh keluarkan bom nuclear dari stor..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 10:12 PM | Show all posts
Biasanya kalau cemburu pakai sihir. ni pakai bom. meninggal terus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Awas ye para lelaki yg berskandal dgn bini org..anda berpotensi dibom
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Skandal.. Jeles.. Bom..
Harap2 PS tak bom IK la lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2023 11:07 AM
Sapa kata cemburu seorang lelaki tak dahsyat tak teruk macam pompuan? Tengok, bom terus kau.

Sekali plot twist : yang membunuh tu isteri sebab suami ada skandal dengan lelaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
intan244 replied at 4-1-2023 07:00 PM
cemburu apa. cerita la detail sikit. dengki pandai masak ke. lemah media msia ni, spt biasa.

Akhbar bahasa melayu ja yg selalu bagi cerita x habis..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.346740 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list