CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 2

Salah Guna Kuasa, Kecuaian- SPRM Digesa Dedah Kartel Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

[Copy link]
Post time 4-1-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Parti Hijau Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan status perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kewujudan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak, Selangor.


Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, gesaan itu dibuat susulan daripada aduan rasmi difailkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis pada 7 Oktober tahun lalu di SPRM Selangor bagi membolehkan siasatan dijalankan.




Foto: Kosmo




“Saya dimaklumkan bahawa kes ini telah dipindahkan ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya baru-baru ini dan kami ingin dapatkan ‘update’ terkini siasatan daripada.


“Ini kerana, kita percaya ada berlakunya salah guna kuasa, ketidakpatuhan tata kelola dan kecuaian oleh kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam kelulusan pelantikan 24 buah syarikat swasta dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk pembukaan kuari berkeluasaan 2,100 ekar,” katanya.


Abdul Razak berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar permohonan bagi mendapatkan status perkembangan terkini siasatan SPRM berkaitan aduan Hutan Simpan Bukit Lagong di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.


Dalam pada itu, Abdul Razak turut memohon Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya melihat isu berkenaan.


“Ini baru lapan kuari, bayangkan kalau 27 kuari di buat di atas tanah seluas 2,100 ekar, bila dah habis ‘isi perut’ keluar, mereka akan buka lagi kuari baharu.


Dalam masa 10 tahun akan datang, apa yang akan terjadi kepada kawasan tersebut,” soalnya.


Menurut Abdul Razak, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku seperti banjir lumpur, ia bakal memberi kesan teruk terhadap kawasan berhampiran iaitu Taman Bukit Rahman Putra, Taman Desa serta sebuah perkampungan Orang Asli. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutan Simpan Bukit Lagong ni kat Kelantan ke Pahang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 08:01 AM | Show all posts
kimax la sumenya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.154998 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list