CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8524|Reply: 91

Keadaan Ibu Chef Wan Semakin Teruk- "Dia Ada Masa Beberapa Hari Je, Kami Akan Buat Dia Selesa Untuk Perjalanan Terakhirnya"

[Copy link]
Post time 4-1-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkongsi keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah.


Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh cef selebriti itu sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.


Terdahulu, Chef Wan telah berkongsi ibunya menghidap menyakit kanser, dimensia dan alzheimer, bahkan dia sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan khidmat jururawat terlatih untuk menjaganya.


Foto: IG




Menurut Chef Wan, dia telah berjaya mendapatkan bilik yang pernah didudukinya ketika menjalani pembedahan lutut sebelum ini buat ibunya demi mendapatkan momen peribadi bersama.


“Alhamdulilah akhirnya saya berjaya mendapatkan bilik suite untuk ibu saya yang saya telah berada dalam 10 hari terakhir untuk prosedur lutut saya.


“Saya mahu ibu dan keluarga serta rakan saya mempunyai detik peribadi kami dengan ibu pada hari terakhirnya,” tulisnya.


Malah, Chef Wan juga sempat berkongsi kondisi terkini ibunya yang lebih mesra disapa sebagai Che Ani berdasarkan keputusan dan pemerhatian yang dijalankan oleh pakar yang merawat, Dr. Nick.




  



Menurut Dr Nick, Che Ani tidak memberikan sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan keliru disebabkan kegagalan fungsi hati.


“Terdahulu, Dr Nick unit penjagaan Paliatif datang berjumpa saya pada jam 3 petang. Dia berkata, mulai pagi tadi keputusan dan pemerhatian dia tidak bertindak balas dan berada dalam keadaan keliru, ditambah dengan kandungan sodium dan kalsium yang tinggi semuanya menunjukkan bahawa badan sedang ‘shutting down’.


“Mulai sekarang saya rasa dia ada masa beberapa hari sahaja lagi dan kami akan mula menguruskan kesakitannya. Dia akan tidur melaluinya sehingga ke penghujungnya.


“Masa akan menentukan. Kami akan buat dia selesa untuk perjalanan terakhirnya. Perkara yang baik ialah saya perasan dia tidak kesakitan dan kelihatan sangat tenang dari pernafasannya.


“Bagaimanapun kegagalan hati oleh pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otaknya berada dalam keadaan keliru dan hilang. Kami akan memulakan pengurusan sakit paliatif secepat mungkin,” jelasnya.




  



Dalam perkongsian tersebut, Chef  Wan juga menyatakan dia reda untuk menerima segala kemungkinan, bahkan Dr Nick turut memuji sikapnya yang tenang dan positif sepanjang menjaga ibunya.


“Bercakap dengan awak saya lihat awak sangat tenang dan positif. Saya dapat merasakan awak telah melakukan kerja yang baik menjaga ibu anda.


“Awak akan dapat menangani semua ini dengan baik tidak kira betapa hancurnya hati awak. Percayalah, Tuhan ada untuk membantu awak mengurangkan kesakitan.




  



“Saya memberitahu Dr saya tahu ini akan datang dan menerima ini dengan hati yang terbuka. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya ibu yang hebat ini yang juga disayangi dan dihormati oleh ramai orang di luar sana.


“Sebaik sahaja Doc pergi saya pergi ke tandas dan menangis sendirian. Apabila tiba masanya saya berharap ibu saya akan pergi dengan aman. insya-Allah. Terima kasih atas segala doa dan doa untuk ibu tersayang, saya dan keluarga,” katanya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga Chef Wan tabah menghadapi hari-hari akhir bersama Che Ani…sedih yg tak dpt diungkap…hikmah masih terus dpt berbakti pada ibu yg tiada galang gantinya hingga akhir
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Respek kat chef wan ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:40 AM | Show all posts
moga Allah permudahkan segalanya untuk Cik Ani..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:41 AM | Show all posts
sedih bila terpaksa berpisah alam dengan ibu ni..moga Allah kurniakan rahmat ke atas cik ani dan kekuatan untuk chef wan untuk terima sebarang kemungkinan..walaupun mulut puaka chef wan ni tapi bab kebajikan ibunya boleh dipuji dan respek sebab bukan senang nak jaga orang tua yang sakit tambahan ada penyakit nyanyuk ni...kira chef wan ni sabar tinggi jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pehall iols yg sedih

Semoga dipermudahkn urusan semua…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2023 11:52 AM | Show all posts
Sedih pulak bila baca post Chefwan nih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak nanges.rasa sebab ingat kat mak kita.mcmana hari2 akhir dia ..atau hari2 akhir kita nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 12:00 PM | Show all posts
sedihnya.. harap2 semua berjalan lancar
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:03 PM | Show all posts
i fell u dato'..
mak iols meninggal sbb breast cancer advance bln 11 yg lps...
meninggal dlm tido kt HKL..Pagi tu ok je buat video call..pkl 1.00 pagi esoknye..dpt panggilan dari adik yg bgtau mak dah xde..
buat lah ape2 pun dato selagi ade hayat ibu mu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:05 PM | Show all posts
ala sedihnya...bertabahlah cef wan. mmg superb dia jaga cik ani..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak menitik air mata
Sedihnya...moga dipermudahkan urusan Cik Ani & Chef Wan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:14 PM | Show all posts
saat2 penghujung ni lah yg paling sukar...jika sudah sampai masanya, semoga Allah permudahkan..jika belum sampai masanya, ringankanlah kesakitan yg ditanggungnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiga perkara yg akan kita tinggalkan. Doa anak yg soleh, ilmu yg dimanfaatkan, sedekah jariah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan..sebak pulak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 12:21 PM | Show all posts
moga Allah permudahkan segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun mulut chef wan hansuang tp dia jg mak dia baik2.. As ank dia dah jln kan tanggungjawab dia sebaik mungkin tp x tau la esok bile turn dia ank2 nk jg dia mcm dia jg mk dia ke x.. Knowing mcm mn mulut dia skang..... Tp kan ak harap ada la ank2 ak yg dot jg ak mcm ni bila da tua... Klu x de.. G umah org tua2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
baca yassin banyak banyak chef wan….ajak segala tafiz tolong baca juga berjemaah….moga dipermudahkan
tabah chef wan…..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah permudahkan semuanya. Sedihnya baca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050764 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list