View: 594|Reply: 4
|
'Tak Boleh Tindakan Tatatertib Je' - Suaram Gesa Gantung Tugas Inspektor Didakwa Rogol Remaja
[Copy link]
|
|
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa pegawai polis berpangkat inspektor yang didakwa merogol remaja digantung tugas serta-merta sehingga satu siasatan bebas dilaksanakan.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, dakwaan itu adalah sesuatu yang serius kerana polis sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat.
 Gambar hiasan
"Suaram meminta agar satu siasatan terhadap inspektor polis itu dilaksanakan secara telus dan terbuka. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus sentiasa kemas kini perkembangan siasatan serta mengumumkan tindakan susulan yang diambil.
" erkara ini tidak boleh hanya tertakluk kepada tindakan tatatertib sahaja tetapi inspektor yang didakwa terlibat dalam kes rogol ini harus dituduh di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor mengesahkan laporan dan penahanan pegawai itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan yang sedang berjalan.
Sevan dalam masa sama turut mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) PDRM ketika mengendalikan kes berkaitan rogol dan gangguan seksual.
"Memandangkan Akta Antigangguan Seksual telah diwartakan, PDRM harus meneliti semula dan memperhalusi SOP yang lebih sensitif kepada jantina, malah memberi latihan profesional kepada pegawai-pegawai penyiasat berkenaan.
"Suaram mengingatkan pihak umum bahawa ini bukan kali pertama pihak media membongkar kes rogol atau gangguan seksual yang dilakukan oleh pegawai polis.
"Kami khuatir kes sebegini tetap berulang kerana budaya bebas daripada sebarang hukuman," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kes rogol ini adalah antara kes yang memerlukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diperjuangkan oleh kumpulan masyarakat sivil.
"Namun dalam konteks Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang sedia ada, ia tidak mempunyai kuasa menyiasat dan penguatkuasaan yang setimpalnya.
"Sebarang keputusan siasatan oleh IPCC hanya dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan tetapi SPP tidak mempunyai kewajipan untuk melaksanakan cadangan tersebut ataupun melapor balik kepada IPCC," jelasnya.
Beliau juga menyeru agar kerajaan baharu mengadakan satu mesyuarat libat urus bersama masyarakat sivil untuk mengkaji semula akta IPCC yang sedia ada.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Eh babi nya kau ni. Masa kau soal siasat tu, takde org lain ke yg nampak dari luar? Ke semua pun bodoh mcm babi, nampak tapi buat taktau je? Kalau aku mak budak 16 tahun tu, habis lumat kerandut jantan tu aku pijak kan |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh ingt kat India je mcm ni malaysia pon dah jadi ikut ikutan ye.. yg couple berkasta la, kena rogol bapak buat report kena rogol lagi? eh aku duduk Malydia ke ape ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dah siasat entah2 lepas (gitew aku fitnah).
eiiiii koser la ada polis peel kepala kat kote gini.
bdk dah dlm kesusahan ko pergi tmbh bala dia lagi, hinanya seorg inspektor taik kucing celaka ni.hrp dibuang kerja padan muke tak dpt pencen |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ditakuti benda ni sebenarnya menjadi kebiasaan antara anggota.. ambil kesempatan terhadap okt dan mangsa. Macamana nak harapkan ketua2 depa since ketua2 depa pun asal dari situ sebelum naik jadi ketua. Aku tak kata semua, malah aku rasa majority tak macam tu, tapi harap this majority dapat mainkan peranan supaya golongan minoriti ni tak berani nak buat keje tak senonoh ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|