CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 0

Maharaja Naruhito Muncul Di Khalayak Lepas 3 Tahun

[Copy link]
Post time 3-1-2023 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito pada Isnin bertitah sempena sambutan tahun baharu sekali gus menyaksikan penampilan baginda secara terbuka bersama rakyat selepas hampir tiga tahun.


"Selepas tiga tahun, beta berasa sukacita untuk menyambut tahun baharu bersama anda semua




CNA




“Beta berharap tahun ini akan menjadi tahun yang aman dan baik untuk anda semua,” titah Naruhito, di hadapan tetamu yang hadir di istana, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kyodo.


Berikutan pandemik COVID-19, kerabat diraja Jepun menangguhkan kebanyakan acara yang melibatkan istana.  


Naruhito, 62, yang ditabalkan pada awal 2019, ditemani Maharani Masako dan kerabat diraja yang lain.


Puteri Aiko, anakanda tunggal pasangan diraja itu turut menyertai acara berkenaan buat kali pertama.


Kira-kira 9,600 tetamu terpilih untuk melawat istana sempena sambutan Tahun Baru pada Isnin, menurut pihak istana.


Dalam perutusan tahun baharunya yang dikeluarkan sehari sebelumnya, Naruhito bertitah baginda berasa "amat dukacita menyaksikan korban yang ramai" akibat konflik di seluruh dunia.


"Beta amat merasakan kepentingan untuk sering mengadakan dialog bagi mengatasi perbezaan pendirian dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa.


“Rakyat telah menghadapi banyak kesusahan akibat pandemik serta kenaikan harga komoditi dan tenaga,” titah baginda.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046259 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list