View: 1036|Reply: 9
|
Lelaki Siam Mati Tergantung Dalam Restoran
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Seorang lelaki warganegara Thailand ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri menggunakan wayar elektrik pada kipas di dalam sebuah restoran di Jalan Sri Cemerlang di sini.
Mangsa yang berusia 31 tahun dijumpai kira-kira pukul 7.45 malam sebelum orang awam membuat panggilan telefon ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, mayat mangsa sudah berada dalam keadaan tergantung pada kipas dengan terdapat wayar pada lehernya.
 Foto: Kosmo
Menurutnya, pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan lain selain kesan jerutan pada leher.
“Siasatan di restoran itu turut mendapati ia merupakan rumah kedai dua tingkat yang mempunyai tiga bilik tidur.
“Barangan milik mangsa juga tiada yang hilang dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Rosdi, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dan proses bedah siasat siap dijalankan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan kekurangan oksigen dalam badan.
“Mayat mangsa telah diuruskan oleh pihak forensik HRPZ II sebelum diserahkan kepada adik lelakinya untuk urusan pengebumian,” katanya.
Tambah Mohd. Rosdi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hayooooo naya betul tuan kedai .. melingkup la gamaknya kedai ni |
|
|
|
|
|
|
|
Menggantung memang salah sundri lah, lain lah kalu tergantung |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kes ni? Tak bayar gaji kah? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la mati dlm kedai makan hoi cari la tmpat lain haiyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
die nk menyampaikan mesej pada owner kot
like heshe cares
sia2 je dek
life is too precious
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb putus cinta barangkali |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi restoran mana nih? Tahun lepas iols duk kat hotel jalan sri cemerlang ni la.
Mmg saja amik hotel bajet area situ sbb nak jjcm je sepanjang hari malam je blk utk tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tenang di sana.
restoran nama ala2 minuman ringan tp bukan pepsi. thai food tp versi tak halal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinakah? Sbb kat situ area cina.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|