CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Kedah] Kedah tak berhasrat sekat pelancong luar termasuk China ke Pulau Langkawi

[Copy link]
Post time 3-1-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Dataran Lang.

Alor Setar: Kerajaan negeri tidak berhasrat menyekat pelancong luar negara termasuk dari China ke Pulau Langkawi melainkan mendapat ketetapan baharu daripada kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata keputusan mengenai perkara itu perlu dilakukan oleh kerajaan Persekutuan selepas mendapat nasihat daripada pakar-pakar berkaitan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan gelombang baharu Covid-19.

"Kerajaan negeri tidak boleh menghalang kemasukan pelancong dari China kerana itu juga sumber pendapatan bagi penduduk.

"Bukan saja negara China, tetapi banyak lagi negara-negara lain contohnya India pun mempunyai kes Covid-19 yang tinggi, maka sepatutnya semua pelancong dari negara luar perlu menjalani proses prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) supaya kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

Presiden MATA, Datuk Dr Mohd Khalid Harun dilaporkan berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China, baru-baru ini, meningkatkan lagi potensi risiko kemunculan varian baharu, sekali gus menggusarkan rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah itu berkata semua pelancong yang masuk dicadangkan menjalani ujian saringan Covid-19 seperti pernah dilakukan ketika pandemik sebelum ini.

Katanya, sekiranya didapati negatif mereka bebas untuk melancong tanpa sekatan.

"Kepada pengusaha-pengusaha pelancongan di negeri Kedah, mereka ini perlu mengambil pendekatan supaya tempat mereka lebih selamat. Contohnya dengan melakukan ujian air liur sebelum membenarkan pelancong masuk.

"Benda-benda macam ini adalah atas inisiatif pengusaha itu sendiri untuk keselamatan tempat masing-masing dan membantu kerajaan dalam mengekang Covid-19 daripada menular di dalam negara kita.

"Kita ada pengalaman untuk mengelakkan berlaku penularan seperti dulu, pengalaman itulah yang kita perlu gunakan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ke-pulau-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049332 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list