CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 17

Tiada Masalah Cipta Keserasian Dengan Aedy Ashraf, Nabila Razali Nervous Dengar Maklum Balas Penonton

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Aedy Ashraf dan Nabila Razali mengakui tiada masalah untuk mencipta keserasian menerusi drama rantaian TV3 Kerana Cinta Itu Ada yang telah mula ditayangkan pada 28 Disember yang lalu.


Menurut Aedy, dia pernah bekerjasama dengan Nabila menerusi beberapa buah drama bersiri sebelum ini biarpun hanya memegang watak sampingan.




IG Nabila




“Alhamdulillah, so far semuanya okay. Tapi tak tahulah chemistry tu terpancar ke tidak nanti kita serahkan feedback dari penonton sahaja nanti.


“So far, memang sepanjang sesi penggambaran dijalankan kami memang tiada sebarang masalah sebab kami berdua dah lama berlakon.


“Lagipun sebelum ini kami pernah bekerjasama menerusi sebuah drama tapi ketika itu saya hanya memegang watak sampingan.


“Tapi ini kali pertama kami digandingkan bersama sebagai watak utama menerusi drama Kerana Cinta Itu Ada,” katanya ketika ditemui XTRA.




  



Dalam pada itu, Nabila turut menyatakan Aedy pernah muncul buat beberapa kali dalam muzik video lagunya dan mengakui senang untuk bekerjasama dengan aktor itu.


“Sebelum ini Aedy pernah muncul dalam beberapa muzik video saya sebelum ini. Cuma kali ini kami lebih rapat kerana perlu bekerjasama untuk menjayakan watak menerusi drama ini.


“Apa yang saya suka tentang Aedy ni, sebelum kita nak mula shoot tu kita akan bincang sama-sama apa yang kita nak buat supaya proses penggambaran itu berjalan lancar. Senanglah untuk bekerjasama dengan dia,” kata Nabila.


Selain itu, Nabila turut mengakui dirinya sangat teruja untuk mendengar maklum balas dari penonton mengenai drama yang diadaptasi daripada novel terbitannya ini.


“Agak nervous juga sebenarnya untuk mendengar feedback dan penerimaan penonton. Tapi kami harap semuanya positif dan baik-baik sahaja.


“It’s a good thing bila orang suka karakter dalam sesuatu drama tu. Maksudnya mereka percayakan kisah percintaan dua karakter ni dalam drama tu.




IG Nabila




“Tapi bagi kami, kami akan berpuas hati dan tidak sabar untuk mendengar feedback dari penonton lebih-lebih lagi bila saya merupakan penerbit novel Kerana Cinta Itu Ada dan novel ini diadaptasikan sebagai drama,” katanya.


Selain Nabila dan Aedy, drama arahan Azri Izhar ini turut dibintangi oleh Alvin Chong, Puteri Khareeza, Emelda Rosemila dan ramai lagi.


Jangan lupa untuk menonton drama Kerana Cinta Itu Ada menerusi Slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Ahad, pada jam 7 malam, di TV3.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama watak2 dlm drama berangan mmg kena gitu eh? Mcm ikan kering tetiba pakai nama
". Poisson De' Au Secher"



Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 03:46 PM | Show all posts
Nab ni berlakon mmg bersahaja, walau sis tak ngefan dia, sis pun jadi santai saja tengok dia punya lakonan. Dia ni pandai berlakon, nyanyi tu renti kan le
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ok la...jenis cerita yga cik melayu suke.. mcm la i..hahah.. lagi2 ada aedy baby.  

Ost sedp dgr khai baha nuanyi..masuk part nabila .. ya allah.. hancurnye.  Khai ni penyanyi sehabis baik dh..maknenya..suara die sepatutnye blh match ngn mana2 penyanyi pun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kak nab hang terus berlakon je la. hang berlakonn aku suka tgk best je. tp bila tang nyanyi aduyai walaupn lagu hang best2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaknab jgn kecik ati sgt. Tak semua benda kita nak, kita dapat. Kaknab berlakon mmg slumber. Tak kayu. Tapi part nyanyi tu mmg tahap karaoke jamban. Lagu catchy2 bole la. Btw, aedy mmg nampak mcm adik kaknab je dlm drama ni tapi apa nak heran kan sbb reality pon ramai berjodohan dgn yg muda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
drama Aedy dekat astro sekarang best. Yang tajuk Kudeta
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaknabber... tiap-tiap tahun nak improve...sejak afundi...berapa tahun lagi ....kesian lah kami ...berlakon jerlah sementara dapat watak heroin lagi ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 3-1-2023 05:18 PM
drama Aedy dekat astro sekarang best. Yang tajuk Kudeta

Yaaaaaaaa.. betul tu kaka.
Best sangat drama tu tapi tu la seminggu sekali pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 3-1-2023 07:18 PM
Yaaaaaaaa.. betul tu kaka.
Best sangat drama tu tapi tu la seminggu sekali pulak

kena sabar sikit, nasib baik best so berbaloi la tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik xtgk lg drama ni tp npe nmpk xsesuai je. Mcm adik - kakak sgt aedy nabila ni.. Bape umur aedy ni sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
AcikBuncit replied at 4-1-2023 02:57 AM
Acik xtgk lg drama ni tp npe nmpk xsesuai je. Mcm adik - kakak sgt aedy nabila ni.. Bape umur aedy n ...

Tahun ni si aedy masuk 30.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon dia berlakon ok tp i xboleh la tgk sbb suara dia bercakap ketara itik. Mcm mana la korang boleh tahan dgr dia bercakap? Tp i ada soft spot dgn sheol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 01:09 AM | Show all posts
ramai komen pasal sheols berlakon... iols pun tengok jugak memang improve banyak gila lakonan dia... dulu keras kejung gittuhhh... persis sharifah rose dengan si hero kucing kurap... sekarang makin okey yach...

sorang lagi pandai berlakon walaupun acik2 porum kecam heshe termasuk iols adalah si noreen babee sandwhich....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 01:26 AM | Show all posts
Carcosa replied at 3-1-2023 12:31 PM
Nama watak2 dlm drama berangan mmg kena gitu eh? Mcm ikan kering tetiba pakai nama
". Poisson De' A ...

ye kaka... penulis kuat berangan khenn... hujung2 rupanya acik kepam tudung labuh jah yang tulis tapi imaginasi mengalahkan acik urban bangsar bubble gittuhhh

bila kaka mention nama tu baru iols perasan nama kemain nabila aulia...

walaupun rhoperr pelakonnya markonah binti tukirman - pelarian yindu majapahit ke 27, kapal berlayar tahun 1357 terdampar dan pecah di pelabuhan melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 5-1-2023 01:26 AM
ye kaka... penulis kuat berangan khenn... hujung2 rupanya acik kepam tudung labuh jah yang tulis t ...


Bahahahaaa bila Kaka Dud melahar gunung berapi Krakatao
Mmg berangan acik2 tu noh? Pdhal blkg tengkuk dia berlipat, siap ada hitam2 lagi, package ada kutil sebijik dua. Tapi nama takmoh kalah! Alisha Meliana, Abigail Sofea, Zafeyra Elena. Puiiiii!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 03:09 PM | Show all posts
aikkk... citer ni ada dekat disney+ masa iols scroll2....
kekdahnyer skrg penerbit boleh jual dkt byk platform dalam satu2 masa yach?

yang penting baju merah tu pesen mak iti sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah betul la dgn dia ni..jah junior?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.120311 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list