View: 665|Reply: 8
|
KPM Dah Jumpa Ibu Bapa Pemain Bola Tampar Yang Ditampar, Nasib Jurulatih Belum Diketahui
[Copy link]
|
|
KLANG – Kementerian Pendidikan (KPM) telah bertemu dengan ibu bapa kepada dua pelajar yang merupakan pemain bola tampar yang ditampar jurulatihnya sebelum ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya amat prihatin terhadap isu tersebut dan pertemuan tersebut bagi mendapatkan maklum balas berhubung insiden itu.
Katanya, kementerian tidak berkompromi soal keganasan dan berkait rapat isu-isu melibatkan keganasan pelajar.
Foto: Kosmo
“Kita sudah jumpa ibu bapa dan dapatkan semua maklum balas termasuk pemegang taruh yang lain.
“Selain itu, bantuan kaunseling turut telah diberikan kepada dua pelajar tersebut oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka,” katanya selepas melawat sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Jalan Kebun di sini.
Kata Fadhlina, siasatan lanjut berhubung kejadian itu juga sedang dijalankan Bahagian Integriti dan Tatatertib kementeriannya.
“Kita belum buat apa-apa keputusan lagi (terhadap pelakunya) sebab kita tunggu laporan dari bahagian berkenaan terlebih dahulu,” jelasnya.
Sebelum ini, satu video tular di media sosial berkaitan klip video yang melibatkan jurulatih Pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (Wanita) yang didapati menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Parents tak report polis ke? Jangan bagi muka, report saja polis. Tindakan lain dari pihak lain kira lain |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak tampar tampar murid <14 thn ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau KPM ni boleh buang kerja ke cikgu2?
Atau gantung kerja
Atau pindah sekolah
Siapa kerja KPM |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain bola tampar ditampar
Pemain bola sepak disepak
Pemain bola keranjang di mata keranjang? |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 3-1-2023 12:33 PM
Pemain bola tampar ditampar
Pemain bola sepak disepak
Pemain bola keranjang di mata keranjang?
Macam kena je ayat tu kan, apehal nak tampo anal orang, sukan je kot |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ayahnya dh maafkan ke
siap kata anak dia pun mcm terima je sbb part of the lesson or something like that
(i harap sgt kpm siasat individually/separately adik ni dgn ayah dia. mcm ada yg x kena. klu perlukan kehadiran parent(underage), better pgl mak nya je)
tp pd iols cikgu tu tetap kena hukum sbb lakukan keganasan
kita xnk normalisekan perkara ni
no kids should accept what he did
bdk2 layak utk diperlakukan dgn penuh hormat sbg seorang insan
tamparan definitely not part of it
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak marah dan tegur boleh, kalau menampar ni macam terlalu ganas |
|
|
|
|
|
|
| |
|