CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki temui ajal, pikap dipandu langgar tiang dan terbabas ke parit

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:11 AM | Show all posts |Read mode


Bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaanya.
SARIKEI: Seorang lelaki maut setelah pikap dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Nyelong By Pass, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kemalangan yang melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Lau Chung berusia 49 tahun itu pada jam 3.55 pagi.

"Ketika sampai di lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai mendapati pikap yang dipandu oleh mangsa telah terlibat dalam kemalangan.

"Dalam kemalangan tersebut, pikap yang dipandu oleh mangsa telah melanggar tiang elektrik dan terbabas masuk ke parit.

"Bomba telah bertindak mengeluar mangsa dari dalam kenderaan, namun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan," katanya kepada media, hari ini.

Dalam masa sama juga, bomba telah memantau di lokasi kemalangan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Hasil pemantauan tersebut, katanya, kemalangan hanya melibatkan seorang mangsa sahaja dan ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Sarikei menuju ke rumahnya yang terletak di Jalan Meruton, dekat sini.

Menurut Mahmudin lagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakkan selanjutnya sejurus sahaja berjaya dikeluarkan dari pikap terbabit.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan polis dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya," ujarnya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057277 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list