CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sarawak] Lapor kejadian vandalisme, pembuangan sampah haram

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:05 AM | Show all posts |Read mode


Tong sampah di kawasan perumahan Jalan Bukit Penyau, Salim di Sibu musnah akibat perbuatan vandalisme.

"MPS menggesa orang ramai yang melihat apa-apa kejadian seperti itu agar mengambil gambar dan nombor pendaftaran kenderaan pihak tidak bertanggungjawab itu dan melaporkan kepada MPS.”

Kaunselor Jenny Ting
Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS

Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menggesa orang ramai melaporkan segera sebarang kejadian vandalisme terhadap kemudahan awam serta pembuangan sampah haram kepada pihak berkuasa dalam usaha mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Jenny Ting berkata, orang ramai boleh merakam gambar perbuatan itu dan menghantarnya bersama maklumat berkaitan kepada MPS untuk tindakan lanjut.

"MPS menggesa orang ramai yang melihat apa-apa kejadian seperti itu agar mengambil gambar dan nombor pendaftaran kenderaan pihak tidak bertanggungjawab itu dan melaporkan kepada MPS.

"Saya fikir kita harus mempertimbang mengalihkan tempat tong sampah kerana tempat itu dibangunkan dan setiap pemilik kediaman mempunyai tong sampah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah-langkah diambil bagi mengelak berulangnya perbuatan vandalisme terhadap tong sampah di kawasan perumahan Jalan Bukit Penyau, di sini hari ini.

Mengenai kawasan rumah panjang lebih jauh, MPS harus melakukan semakan susulan dengan kontraktor jika ada tong sampah disediakan untuk penduduk rumah panjangnya.

Beliau menegaskan mana-mana tapak pembangunan sedang berjalan mesti menyediakan tong sampah sendiri untuk pelupusan sampah dengan betul.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali mendedahkan perbuatan vandalisme seperti itu pernah berlaku sebelum ini.

Beliau juga menyatakan bahawa sampah bertaburan sekitar tong sampah menarik lalat dan serangga perosak lain.

Ini memberi gambaran tidak baik kepada penduduk yang tinggal di kawasan terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.083421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list