CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Sarawak] Beri penekanan, perhatian kepada projek lampu isyarat

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:03 AM | Show all posts |Read mode


TURUN PADANG: Chong (dua kanan) dan Dr Yii (tiga kanan) ketika mengadakan lawatan ke tapak Projek Lampu Isyarat di Expressway Kuching-Samarahan hari ini.
"Kami (saya dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kerja Raya dan kontraktor dilantik untuk berbincang mencari jalan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek serta mengurangkan kesesakan lalu lintas sepanjang projek dijalankan.”

Chong Chieng Jen
Pengerusi DAP Sarawak

Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mahu Kementerian Kerja Raya memberi lebih penekanan serta perhatian kepada pelaksanaan projek lampu isyarat Kuching-Samarahan Expressway.

Ini penting katanya, bagi mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas sepanjang kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Ahli Parlimen Stampin itu menambah, kajian terperinci dan pembinaan jalan lencongan yang mencukupi perlu disediakan sebelum Jabatan Kerja Raya mengarahkan jalan berkenaan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Beliau turut mencadangkan lebih ramai polis trafik ditugaskan di situ bagi membantu melancarkan aliran trafik di sepanjang laluan Kuching-Samarahan Expressway khususnya semasa waktu puncak.

"Kami (saya dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kerja Raya dan kontraktor dilantik untuk berbincang mencari jalan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek serta mengurangkan kesesakan lalu lintas sepanjang projek dijalankan.

"Kami juga meminta Menteri Kerja Raya (Dato Sri Alexander Nanta Linggi) memberi keutamaan kepada perkembangan projek ini serta pengurusan trafik semasa pelaksanaannya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan lawatan beliau bersama Dr Kelvin Yii ke tapak projek berkenaan di sini, hari ini.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, sejak kebelakangan ini, disebabkan penutupan jalan dan perancangan semula laluan di kawasan tapak projek, berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang Kuching-Samarahan Expressway.

Beliau memberitahu, pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna jalan berkenaan yang terpaksa terperangkap selama tiga jam dalam kesesakan hanya untuk jarak perjalanan yang dekat, dari Uni Garden ke Hui Sing.

"Tiga jam sama seperti tempoh perjalanan dari Kuching ke Sri Aman," ujarnya.

Menurutnya projek lampu isyarat di jalan itu telah bermula pada Oktober 2020 tetapi disebabkan masalah pemilihan kontraktor, projek itu tertangguh.

"Sekarang kontraktor baharu yang dilantik seperti diumumkan JKR (sebelum ini), projek itu dijadual siap pada November tahun ini.

"Projek ini bagi menggantikan bulatan sedia ada di laluan berkenaan dengan lampu isyarat tetapi mengambil masa lebih tiga tahun untuk disiapkan, memang sesuatu yang sukar diterima.

"Lebih penting, puluhan ribu pengguna jalan raya kesulitan dan kerugian masa disebabkan kesesakan yang berlaku di situ," ujarnya.

Menurutnya, jika kerajaan lebih bertanggungjawab dalam pemilihan kontraktor, projek itu sudah siap lama dahulu dan pengguna jalan raya tidak berdepan masalah kesesakan jalan raya yang teruk setiap hari khususnya semasa hari bekerja.

"Daripada pemerhatian kami hari ini, disebabkan cuti Tahun Baharu, tiada kerja di lapangan dilakukan, sedangkan hari kelepasan am dan waktu malam adalah masa terbaik untuk melaksanakan projek ini kerana aliran trafik kurang.

"Apa yang mengejutkan kami, tiada kerja di lapangan dilakukan sepanjang dua hari lalu. Nampaknya kerajaan dan kontraktor tidak berniat untuk menyiapkan projek itu dengan segera," ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.123151 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list