CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 2

[Pulau Pinang] Jambatan Pulau Pinang, beberapa jalan ditutup Ahad ini

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Jambatan Pulau Pinang, beberapa jalan ditutup Ahad ini



02 Januari 2023 09:38am






Gambar hiasan. (Gambar kecil :Soon Lip Chee)




GEORGE TOWN - Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Jan (Ahad) ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee berkata, jarak kayuhan basikal untuk program itu adalah sejauh 66 kilometer dan jalan-jalan yang terlibat akan ditutup bermula jam 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.

"Acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride anjuran kerajaan negeri bersama Kelab Berbasikal G Club dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melibatkan tempat pelepasan serta tempat penamatan di Persiaran Bayan Indah 2 (berhadapan Queens Waterfront)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lip Chee berkata, memandangkan acara kayuhan berbasikal akan melibatkan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, laluan sehala akan ditutup dengan sepenuhnya pada masa yang tertentu sahaja untuk memberi laluan kepada peserta kayuhan.
"Bagi Jambatan Pulau Pinang iaitu dari arah bahagian Pulau ke Seberang Perai sahaja waktu penutupan adalah dari jam 6.30 pagi hingga 9 pagi manakala bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sahaja waktu penutupan adalah dari 9 pagi hingga 12 tengah hari," katanya.



Beliau berkata, Penang Fellowship Ride telah menarik 2,500 penyertaan termasuk peserta dari Singapura, Australia dan Jepun serta Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak juga akan mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal itu.

"Para peserta diingatkan untuk memakai jersi rasmi yang dibekalkan oleh pihak penganjur kerana hanya peserta yang memakai jersi rasmi sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal ini dan merentasi Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya. - Bernama

sumber



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2023 11:22 AM | Show all posts
@novelloverzz  tutup lg...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nsb x de urusan nk ke pulau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064873 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list