CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Sarawak] Keaslian dan kebudayaan rumah panjang harus dikekalkan sebagai tarikan pelancongan

[Copy link]
Post time 2-1-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode


Tiong berjabat tangan dan beramah mesra dengan penduduk sejurus tiba di Rumah Lidam Jalan Bintulu-Tatau pada Sabtu.
BINTULU: Keaslian dan kebudayaan penduduk di rumah panjang di Sarawak harus dikekalkan bagi menjadikannya sebagai tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang melawat, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing.

Jelasnya, bagi tujuan itu, setiap rumah panjang seboleh-bolehnya mengekalkan keaslian reka bentuk serta struktur rumah panjang tradisional yang masih relevan untuk dikekalkan sekaligus menjadi tarikan utama pelancong untuk datang serta tinggal di rumah panjang terutama dalam program inap desa.

"Bagi tujuan itu, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengenal pasti rumah panjang yang sesuai untuk dimajukan bagi menjalankan program inap desa sebagaimana rumah panjang serta kampung lain yang sudah berjaya dalam program sedemikian sebelum ini," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata demikian semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Rumah Lidam Masjaya di Jalan Bintulu-Tatau pada Sabtu.

Tiong sebagai berkata bahawa beliau amat berbesar hati kerana diberikan tanggungjawab menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan yang mana salah satu matlamat yang ingin dicapai ialah bagi mengekalkan keaslian dan kebudayaan rumah panjang di Sarawak sekaligus menjadikannya sebagai projek pelancongan yang lebih berdaya saing.

"Justeru itu, inap desa sedia ada di negeri ini akan dinaik taraf bagi memastikannya dapat memberikan perkhidmatan berkualiti buat setiap pengunjung dan dalam masa sama memberikan pengalaman berharga buat mereka dan akan datang semula kerana tertarik dengan keunikan budaya serta corak kehidupan masyarakat setempat," jelasnya.

Di samping menyediakan penginapan katanya, penduduk rumah panjang terlibat harus mengatur program kebudayaan kepada sepanjang tempoh penginapan para pelancong termasuk persembahan kebudayaan serta tarian tradisional, masakan eksotik termasuk upacara tradisi yang berupaya menarik minat pelancong untuk melihatnya.

Tiong sebagai berkata bahawa dalam mengharungi bidang pelancongan yang semakin sengit dan mencabar pada masa kini, penduduk rumah panjang seharusnya berdaya saing dan kreatif dengan menawarkan sesuatu yang unik dan menarik buat pelancong.

"Ia adalah penting kerana kita sebagai pengusaha inap desa tidak mahu mereka (pelancong) merasakan yang mereka hanya singgah sementara sahaja di sesebuah lokasi pelancongan, sebaliknya merasakan yang mereka merasa dihargai dan tinggal di rumah sendiri," tambah beliau.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055635 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list