CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Sarawak] Beri idea dan cadangan membina kepada MOTAC: Tiong

[Copy link]
Post time 2-1-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Penggiat industri pelancongan, seni dan budaya disaran supaya memberi idea dan cadangan membina kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) berkata, ia amat diperlukan sebagai usaha menggalakkan pembangunan industri pelancongan, seni dan budaya tempatan.  

Jelasnya, tiga tahun lalu seluruh dunia termasuk Malaysia terjejas teruk akibat COVID-19 dan sektor pelancongan juga, sangat menderita.

“Tahun 2023 ini merupakan masa untuk MOTAC memainkan peranan penting dalam memulihkan kembali industri-industri di bawah tanggungjawabnya.

“Oleh itu, mari kita bekerjasama untuk menggalakkan pembangunan industri pelancongan, seni dan budaya tempatan dengan memberikan pendapat dan cadangan   membina kepada Kementerian ini,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu  2023 menerusi Facebook beliau pada Ahad.

Beliau yakin dengan kerjasama itu, MOTAC dapat mencipta era dan tahap baharu untuk industri ini berdaya saing di pentas pelancongan dunia.

“Sekali gus berupaya mendapatkan semula status kita (Malaysia) sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia,” katanya.

Sementara itu, Tiong berkata, Kementerian dan agensi berkaitannya harus menetapkan matlamat serta petunjuk prestasi utama (KPI) baharu yang perlu dicapai.

“Kita mesti berfikir di luar kotak untuk merangka strategi baharu dan mencapai matlamat yang ditetapkan, bukannya sekadar menyampaikan janji manis tetapi kosong,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap MOTAC keluar dari zon selesa dan sentiasa memperbaiki diri dengan pemikiran serta kaedah inovatif selaras dengan situasi zaman kini.

“Mengimbas kembali masa lalu, kita telah mengharungi masa yang sukar dan mampu mengatasi halangan tersebut.  Melihat ke masa hadapan, kita semua mempunyai perjalanan yang jauh untuk pemulihan.  

“Maka sempena menyambut tahun baharu ini, saya harap negara akan lebih makmur dan rakyat dapat hidup serta bekerja dengan aman,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050375 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list