|
RONALDO akan menyarung jersi bernombor tujuh di Al Nassr. -FOTO AFP
Doha: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo mengesahkan perpindahannya untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak dua tahun setengah.
Ronaldo, 37, meninggalkan Manchester United bulan lalu berikutan kenyataannya ketika sesi temu bual berlangsung yang mana dia membidas pemilik kelab dan juga jurulatih pasukan itu dari Belanda, Erik ten Hag.
Al Nassr dalam satu kenyataan mengatakan pemenang lima kali Ballon D'or akan bersama kelab itu dengan perjanjian sehingga 2025.
Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan nilai perjanjian dengan kontrak Ronaldo dianggarkan oleh media bernilai lebih daripada €200 juta (RM941.99 juta)
"Saya bertuah kerana saya sudah memenangi segala-galanya yang diidamkan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan berasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia," kata Ronaldo dalam kenyataan itu.
"Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan baharu saya dan bersama-sama mereka membantu kelab mencapai kejayaan.
Ronaldo akan tiba ke Arab Saudi dengan koleksi kejayaannya selepas mengharungi kejayaan gemilang bersama gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 2009-2018 di mana dia memenangi dua gelaran La Liga, dua Piala Sepanyol dan empat gelaran Liga Juara-Juara serta tiga Piala Dunia Kelab.
Dia mencatatkan rekod kelab dengan 451 jaringan ketika bersama Real dan lebih daripada 800 gol di peringkat senior secara keseluruhannya untuk kelab dan negara.
Dia beraksi bersama Portugal di Qatar di mana menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia selepas menyempurnakan penalti sewaktu perlawanan pembukaan Kumpulan H menentang Ghana.
Portugal bagaimanapun tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada Maghribi.
Ronaldo berkata Qatar mungkin akan menjadi Piala Dunia terakhirnya kerana dia merancang untuk bersara pada usia 40 tahun dan dengan perpindahan ke Arab Saudi berkemungkinan besar kerjayanya sebagai salah seorang pemain terhebat adalah ketika beraksi bersama Lionel Messi.
"Saya tidak sabar untuk merasai pengalaman baru liga bola sepak di negara berbeza. Visi kelab Al Nassr sangat memberi inspirasi," kata kelab memetik komen yang diberikan Ronaldo.
"Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan. Penghijrahan ini bukan hanya memberi inspirasi kepada kelab kami tetapi untuk kami mencapai kejayaan lebih besar dan memberi inspirasi kepada liga, negara dan generasi akan datang," kata Presiden kelab, Musli Al Muammar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ldo-sah-ke-al-nassr |
|
|
|
|
|
|
| |
|