Satu lagi rakaman video menunjukkan dua penumpang bergaduh dalam penerbangan Thai Smile Airways dari Bangkok, Thailand ke Kolkata, India mendapat perhatian pengguna internet, lapor portal bertia WION semalam.
Dalam rakaman video tersebut, seorang penumpang yang duduk di tempat duduk 37C enggan menegakkan kerusinya sebelum pesawat berlepas, menyebabkan penumpang lain mengambil tindakan sendiri.
Twitter
Selepas itu, seorang penumpang yang duduk di kerusi 41C, mula menampar pengembara tersebut yang tidak bersedia untuk menegakkan tempat duduknya di dalam pesawat berkenaan.
Seperti yang ditunjukkan dalam video itu, adegan memukul dan menampar kemudian menjadi-jadi sambil seorang pramugari cuba untuk meleraikan dan meredakan keadaan.
Selepas video itu menjadi tular, Biro Keselamatan Penerbangan Awam menuntut laporan terperinci pergaduhan itu daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
Twitter
“Kami telah mengambil maklum tentang video tular itu yang menunjukkan pergaduhan antara penumpang dalam penerbangan Thai Airways ke Kolkata,” kata Ketua Pengarah Biro Keselamatan Penerbangan Awam India, Zulfiquar Hasan.
Post time 31-12-2022 01:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
So flight berlepas jugak ke? Ada skali aku naik flight ni, pilot taknak takeoff ye sebab ada passenger anak dia umur 3-4 tahun camtu melalak2 taknak pakai seatbelt.. haram jadah nak dekat sejam kena sidai dlm kapal
Post time 31-12-2022 02:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
fefeeling: So flight berlepas jugak ke? A ...
saman makpak budak tu. Memang menyusahkan jenis ada anak yg xreti naik plane atau xsesuai naik plane tp gigih nak juga bawa anak tu naik plane. pergi je la vacation naik bus atau jalan kaki. iols sgt2 anti dgn anak2 yg xterkawal dlm flight. hence iols mmg xnak naik economy. seat pon nak jauh. tp kdg2 terpaksa dekat juga.