CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1138|Reply: 9

Mayat Dengan Kesan Cedera Di Kepala, Kaki Dan Tangan Terikat Ditemui Tepi Jalan Rawang

[Copy link]
Post time 30-12-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mempunyai kesan cedera di kepala ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui oleh seorang lelaki tempatan yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada Balai Polis Rawang kira-kira jam 11.40 pagi.




Gambar hiasan




Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke tempat kejadian.


"asukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut ke lapangan bagi membantu siasatan di tempat kejadian itu.


"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa (si mati) adalah seorang lelaki yang dipercayai berbangsa India dalam lingkungan umur 40-an. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.


"emeriksaan terhadap tubuh badan si mati mendapati tangan dan kaki telah diikat dengan tali nylon. Terdapat kesan kecederaan luka parah pada bahagian atas kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Selain itu berdasarkan keadaan mayat ditemui itu, katanya, mangsa berpakaian lengkap iaitu baju T warna maroon jenama CONFIDENT dan seluar pendek warna hitam jenama H&G.


Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membunuh. Suspek yang terlibat serta motif kejadian masih dalam siasatan.


"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R Kolanthaivelu di talian 03-61262222 / 019-2579232," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriau baca news skrg ni..ala2 Mexico plk dh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan di malaysia.. rupanya di rawang
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2022 09:05 PM
Ingatkan di malaysia.. rupanya di rawang

Mujur di Rawang.. ingatkan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jln nie sunyi + byk kes samun...x d galak kan lalu mlm kalo nk konvoi reramai x pe tp lalu sorg hati kering ape2 prob kaw lentur kan je jln toleh Kiri kanan... kdg2 byk jugak haiwan cm tapir lalu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:52 PM | Show all posts
Semoga si pelaku ditangkap dan diberikan hukuman yg setimpal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur di Rawang, Malaysia. Igt kat selangor
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri TERmaju memang camtu..apa2 pung ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
xsempat sambut thn baru.takziah awk
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2023 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 30-12-2022 10:24 PM
jln nie sunyi + byk kes samun...x d galak kan lalu mlm kalo nk konvoi reramai x pe tp lalu sorg hati ...

SG pon penah terlalu kat situ sebab waze terbawak…sunyi n x sangka wujud eh jalan tu kat malaysia…mmg kalau malam jgn la drive sensorang…kalau kereta rosak ka, misteri2 ka, ada org nak buat jenayah ka…mmg naya la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.111834 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list