View: 767|Reply: 7
|
Menang RM79,000 Lepas Dipecat Kerana Hamil
[Copy link]
|
|
Seorang kakitangan pentadbiran menang tuntutan pampasan berjumlah 14,885 pound sterling (kira-kira RM79,000) di mahkamah di timur London berikutan dipecat kerana hamil.
Charlotte Leitch, 34, berasa terhina dan tidak dihargai apabila dipecat selepas memberitahu kehamilannya kepada pihak pengurusan.
Wanita itu memegang jawatan baharu dengan bayaran 20,000 pound sterling (kira-kira RM106,000) setahun di syarikat pembekal sistem keselamatan beberapa minggu sebelum diberhentikan.
 Daily Mail
Berikutan tindakan syarikat, Leitch memfailkan saman terhadap majikannya yang berpangkalan di Essex kerana berikutan diskriminasi dan pemecatan tidak adil.
Tribunal pekerjaan memberikan pampasan 14,885 pound sterling (kira-kira RM79,000) kepada Leitch selepas mendapati wanita itu dipecat kerana hamil.
Hakim Nicola Calder berkata, syarikat mengambil kesempatan atas keadaan emosi Leitch yang memberitahu pernah mengalami keguguran dan bimbang akan kehamilan baharunya.
Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu Leitch menyertai syarikat itu pada Mei 2021 sebagai pembantu tadbir dan bimbang mengenai kontrak yang belum ditandatangani walaupun sudah melebihi tempoh, lalu memberitahu dirinya hamil.
Tribunal pekerjaan memaklumkan ketika mesyuarat, dia memberitahu kebimbangan mengenai keadaan bayinya kerana pernah mengalami peristiwa trauma kehamilan sebelum ini, termasuk lapan kali keguguran.
Berikutan itu, majikan mendakwa Leitch tidak berhak mendapat cuti bersalin kerana belum menandatangani kontrak baharunya dan tidak perlu dikekalkan.
Syarikat memutuskan untuk menamatkan kerja Leitch kerana belum menandatangani kontrak selain bimbang prestasi kerjanya.
Tribunal menolak perkara ini dan membuat kesimpulan bahawa kedua-dua dakwaan Leitch mengenai diskriminasi kehamilan dan pemecatan yang tidak adil, adalah berasas.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Start tahun depan kat malaysia pon dah x leh pecat wanita hamil, married or not married both entitled cuti bersalin |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat negara maju serba indah.
|
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 30-12-2022 08:56 AM
Start tahun depan kat malaysia pon dah x leh pecat wanita hamil, married or not married both entitle ...
Masa interview tu kalau tak jujur cakap hamil
Boleh di pecat |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 30-12-2022 10:38 PM
Masa interview tu kalau tak jujur cakap hamil
Boleh di pecat
Betul …
Kdg tak sedar pon pregnant … dah keje baru pasan pregnant …
Macam my friend masa interview x pregnant , baru masuk keje 2 minggu tau tau pregnant
Nasib la company jenis bertimbangrasa
And takde discrimination…
Cuma boss la bising…
Kadang x paham boss pompuan yg sama sama melayu… |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x silap kat malaysia pun dah ada yg menang kes seumpamanya beberapa thn lepas.. dah lupa pulak detailnya |
|
|
|
|
|
|
|
sebab orang mengandung tak boleh gerak banyak
kot kalau dia jatuh atau gugur . kompeni tu dapat susah.
u bayangkan kalau kompeni tu kat tingkat 3
jenis panjat tangga. takde lift. kalau baru ngandung 2 minggu ok la.
kalau dah membesar perutnya . pening kepala majikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 31-12-2022 01:26 AM
sebab orang mengandung tak boleh gerak banyak
kot kalau dia jatuh atau gugur . kompeni tu dapat su ...
Gitchew …. So klu pregnant tu nak suh dendiam dok umah ke … ? X yah g keje ?
Gitu la nasib pompuan
Single kena kutuk andartu
Ddah kawen x preggy kena panggil mandul
Dah preggy , x leh keje kena kutuk baru preggy sah ngengade
Baru anak sorg , kena kutuk selekeh laa , apa laa , asik mc je
Tak keje kutuk perabih harta laki …
Macam tu laaa netizen baik jantan betina
Semua salah nak himpap atas paler pompuan jer laaa
Ada laki pon x guna, x reti nak protect bini dr mulut puaka adik beradik pompuan and mak sendiri..
sanggup biar bini tu kena hina caci maki
Bila bini stress salahkan bini jugakkk x reti bercampir gaul …
Pendek kata pompuan ni lagi bahagia bila dia single dr bersuami …
Tapi sbb umat muhammad sunah berkahwin msunah mencari redha allah, wpun masa single pon boleh je cari redha allah,
Penat ckp .. org skrg bukan paham pon
Done bebel  |
|
|
|
|
|
|
| |
|