CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita parah disamun masih koma, CCTV hilang

[Copy link]
Post time 30-12-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Wanita parah disamun masih koma, CCTV hilang


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



V Saravanan ketika ditemuramah di Padang Kawad Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Georgetown di sini. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Seorang wanita berusia 50-an cedera parah dipercayai diserang seorang lelaki dalam kejadian samun di Jelutong, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) itu bagaimanapun masih tidak sedarkan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kedai penapis air kira-kira jam 4 petang.

Katanya, wanita berkenaan didakwa didatangi seorang lelaki yang mendakwa mahu berjumpa dengan suami mangsanya.

"Mangsa bersendirian manakala suaminya tiada di kedai dan selepas itu dia dipercayai diserang.

"Bagaimanapun laporan lanjut masih tidak diperoleh kerana polis belum mengambil keterangan mangsa berikutan wanita itu masih belum sedarkan diri," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, dalam kejadian itu, wanita berkenaan mengalami cedera parah di bahagian muka dan mata akibat dipukul dengan senjata tumpul.

Katanya, susulan itu polis sudah menahan seorang lelaki berusia 50-an yang juga kenalan mangsa sehari kemudian.

"Suspek mendapat perintah sambungan reman bermula hari ini dan tempohnya akan diberitahu kelak.

"Kerugian yang dialami mangsa dianggar bernilai RM2,000 dan kamera litar tertutup (CCTV) serta dekoder juga didapati hilang," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan sengaja menyebabkan cedera.


Disiarkan pada: Disember 30, 2022 @ 3:24pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list