CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1424|Reply: 31

Tak Patut Jadi Isu, Kalau Ibu Bapa Tak Setuju Boleh Cari Bas Sekolah Lain

[Copy link]
Post time 30-12-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan tambang bas sekolah setiap kali menjelang sesi persekolahan tahun baharu sepatutnya tidak lagi menjadi isu kerana ia telah diregulasikan oleh kerajaan, kata Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof.


Selain itu, beliau menjelaskan, ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha bas sekolah untuk menetapkan kadar tambang atau caj yang dipersetujui bersama berpandukan situasi 'menang-menang'.


"Tambang bas sekolah tidak lagi menjadi isu kerana kita sedia maklum ia telah diregulasikan oleh pihak kerajaan. Segelintir ibu bapa mungkin tidak faham mengenai perkara ini.




Gambar hiasan/FMT




"Sebenarnya kadar tambang ini mesti dipersetujui kedua-dua pihak, iaitu pengusaha dan ibu bapa. Jika ibu bapa tidak bersetuju, mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan pengusaha bas sekolah yang lain.


"Justeru, mereka perlu menggunakan budi bicara untuk menetapkan kadar tambang yang munasabah dan dipersetujui bersama," katanya, di sini, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat yang dilaporkan berkata kadar tambang bas sekolah berkemungkinan naik mulai sesi persekolahan Januari ini.


Amali Munif dipetik berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan kos operasi yang meningkat disebabkan harga alat ganti yang tinggi, kenaikan gaji pemandu dan persaingan daripada pengusaha tidak berlesen.


Mengulas lanjut, Mohd Rofik yang juga Pengerusi Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan (PPBSNS) berkata, kenaikan tambang bas sekolah adalah bagi menyerap kos operasi yang tinggi, namun pada kadar munasabah dan tidak tinggi.


Beliau memaklumkan, kos gaji pemandu bas sekolah ketika ini ialah antara faktor mempengaruhi kenaikan kadar tambang perkhidmatan itu.


"ermintaan terhadap pemandu bas sekolah ketika ini meningkat dan pada masa sama, pengusaha terpaksa membayar gaji mereka secara penuh dalam setahun walaupun sesi penggal persekolahan berubah.


"Keadaan ini meningkatkan kos operasi pengusaha, di samping kenaikan harga alat ganti kenderaan," katanya.


Mohd Rofik berkata, pengusaha bas sekolah bersedia untuk bertolak ansur dari segi kadar tambang, malah setiap ruang diberikan untuk kedua-dua pihak meliputi ibu bapa untuk membuat keputusan.


"Orang ramai juga harus memahami bahawa pengusaha bas sekolah hanya bergantung pada hasil pendapatan itu untuk menyara keluarga. Oleh itu, harus ada ruang untuk bertolak ansur dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan berkenaan," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 03:37 PM | Show all posts
Amali Munif dipetik berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan kos operasi yang meningkat disebabkan harga alat ganti yang tinggi, kenaikan gaji pemandu dan persaingan daripada pengusaha tidak berlesen.

bosan la alasan spare part ni

every fcuking month ke tukar spare part tu?

gila la selagi boleh ketuk kita ketuk puuiihh la!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kartel bas sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm ertikata
Lu xpuas hati tambang baru gi cari bas lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah. RM300 tu, memang mahal, tapi at the same time kalau kira amik Grab, ulang alik mau dah RM20, untuk 20 hari sekolah (kalau takde aktiviti hujung minggu) RM400.

Tapi kena pastikan bas tu mmg selesa dan selamat la. Kalau masih mcm 5 tahun tak repair /terjaga, baik takyah, carpool je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu ngkorang punya driver tu semua ada lesen ke? Bawak macam org gila, bumper lompat, konar lipat, traffic light kuning langgar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dinafikan kos selenggara bas besar  kap.40 pax tu mmglah amat tinggi.
Tapi utk van atau bas kecil yg lama tu, kos nya x lah setinggi bas besar tu.
Kebyykan pemandu bas ni xde lesen, xde roadtax, x berdaftar.
So pengesuha bas ni kena tunjukkan semua syarat + kena ada insurance penumpang etc..barulah boleh naikkan caj.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:51 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 30-12-2022 07:37 AM
Amali Munif dipetik berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan kos operasi yang meningkat ...

Dah la driver yang bawak pun macam pelesit, selagi boleh nak tekan minyak, pastu brake kuat2. Mana tak rosak cepat?

pastu dah la bagi alasan sparepart, letak pulak "persaingan daripada pengusaha tidak berlesen"

kenapa ada persaingan? pasal korang mahal sangat laaaa aduhhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 30-12-2022 03:46 PM
Dlm ertikata
Lu xpuas hati tambang baru gi cari bas lain

Antar aje laa anak sendiri.. lebih slmt.. mak benti koje.. bpk sorang je koje.. aman hidup
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dejavu pulak...tak suka,boleh keluar malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nak pi sekolah pung susah...tak sekolah lg la susah......
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:02 PM | Show all posts
So, ayat semua org selepas ni, x suke, cari alternatif lain.
Kalau mahal, jangan guna
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:17 PM | Show all posts
eleh
dulu merayu2 meroyan suh guna dorang
sekarang eksen plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
300per month mcm byor kete. Ni utk bas skola je kan dan bkn rate van skolah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn main eksen lg diaorg ni ek sbb tgh byk demand hrp mereputlah sbb anaiya parents

Dan mohteppp TT buka topik yg sama hr ni walau tajuk berbeza still ttg fares juga
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 30-12-2022 05:54 PM

Susah2 sgt gomen sediakan bas utk sekolah. Pemandu bas tu kira penjawat awam.
Sekolah pun selalu je program kena bawak budak sana sini kan.
Mcm kilang2 elektronik tu company yg sediakan bas tak kira ceruk mana pekerja duduk akan ada bas/van kilang jemput so takkan ada isu takde transport nk g keje.
Sama gak ngn sekolah, kalau bas mmg disediakan oleh pihak sekolah mungkin bayaran bulanan tu taklah mahal sgt dan semua murid2 berpeluang g sekolah. Nih ada yg tak dpt g sbb takde transport.
Skrg ni hal transport adlh masalah mak pak. Cikgu2 mmg tak masuk campur pandai2 la korang ibubapa pikirkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
..nampak sangat ahlul politik sebelahi geng kartel bas sekolah. Dulu²  sebelum mengundi cakap hero rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah tambang bas skolah mahal, jangan pergi skolah la deyy
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-12-2022 04:53 PM
Antar aje laa anak sendiri.. lebih slmt.. mak benti koje.. bpk sorang je koje.. aman hidup

Biras iols betenti koje, idak le jugak ngantor anak² gi sekolah, naik bas sekolah la jgk

Susah katanye. masa ko buat anak² idak le ko fikir kos membesarkn mereka
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-12-2022 05:52 PM
Susah2 sgt gomen sediakan bas utk sekolah. Pemandu bas tu kira penjawat awam.
Sekolah pun selalu je  ...

Kalau semuanya nk gomen sediakn tak berkembang la ekonomi rakyat. Mana tak nya, semua keroje dgn gomen. Pekerja gomen tau je lah attitude mrk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059079 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list