CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4184|Reply: 54

[Tempatan] Apa adanya disebalik nama penyanyi 'Moslem Priest'?

  [Copy link]
Post time 30-12-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-12-2022 02:06 PM

Siapa sangka dalam negara yang menjunjung perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, kita bersama dengan Moslem Priest.

Moslem Priest atau terjemahan literalnya mengangkat perkataan Paderi Muslim dan ia adalah satu gelaran yang dipegang seorang penyanyi.

Penyanyi tersebut adalah seorang lelaki Melayu yang dipercayai masih mengamalkan Perkara 3 (1) iaitu Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Nama asal Moslem Priest adalah Farhan Yassin Mahiaddin Dan berdasarkan sumber terbuka iaitu Google, beliau merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia.

Mengulas tentang hukum bagi seorang rakyat Malaysia berpandukan perkara 160 (2) berkait dengan Melayu dan perkara 3 (1) berkait dengan Islam, ada perkara serius perlu diberi perhatian.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor kepada media, penggunaan perkataan ‘Priest’ atau ‘Paderi’ bagi umat Islam (jika beliau adalah seorang Islam), boleh dianggap syubhah.

Walaupun pada asasnya sesuatu tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai syubhah, keadaan boleh menjadi lebih buruk apabila membawa kepada haram.

“Gelaran seperti priest boleh disalah anggap kerana ia biasanya merujuk kepada pembesar dalam agama lain.

“Dalam Islam tak ada istilah ada paderi atau priest, yang ada haji, ataupun ulama kalau seseorang itu ada ilmu.

“Justeru istilah priest itu digunakan dalam agama selain daripada Islam… tepatnya agama Kristianlah,” tambahnya lagi.

Pandangan sama turut dikongsi Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, yang berpendapat seseorang yang mengaku Islam tidak boleh berbuat perkara yang berkaitan agama lain pada diri mereka.

Misalnya, kata Mohamad Shukri, seseorang yang mengenakan pakaian kuning sehingga boleh dianggap seumpama sami Buddha.

“Memang salahlah kerana membuat perkara-perkara yang ada kaitan dengan agama lain,” katanya.

Dia juga mempersoal tujuan di sebalik nama itu digunakan, sama ada sekadar tujuan bersuka-suka satau atau sebaliknya berbangga-bangga dengan gelaran tersebut.

“Kalau dia dah berbangga-bangga dengan agama itu, memang dilarang Islam,” katanya.

Moslem Priest menerima pujian yang cukup tinggi daripada penggemar muzik luar negara kerana biar pun membawa genre muzik tarian elektronik (grime), techno dan hip-hop di kelab disko, beliau tetap ‘zuhud’ memakai songkok dan berbaju hitam sebagai identiti diri sejak dahulu, kini dan selamanya.

https://suaramerdeka.com.my/penyanyi-melayu-guna-nama-moslem-priest-terima-pujian-menggunung/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aura gayah kuat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:18 AM | Show all posts
Anak Abah Mahiadin rupanya. Anak-anak memang minat muzik ek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:43 AM | Show all posts
betul la iman tak dapat diwarisi


anak abah yang baca doa selalu pun nak jadi priest pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:43 AM | Show all posts
Tau Moslem Priest sangat tidak sesuai bagi orang muslim, pihak agamawan wajib nasihatkan dia menukar nama samarannya agar tidak timbul fitnah kpd agama dn bangsa. Masih ada ruang untuk perbetulkkan, bertindaklah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah moslem dan allah hindu tersenyum sinis sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Priest tu bahasa inggeris ka bahasa kristian?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:43 AM | Show all posts
Anak Abah PM kebangga walaun walauntit ke nih sbb pandai baca doa dlm tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg.. lebai pas piss puss kata apa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pki songkok masuk pub tu utk burukkan parti songkok ke cane ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah yg lagi besar adalah wording "moslem" dalam nama ni, ia merupakan satu derogatory untuk perkataan muslim pada satu masa dahulu oleh orang2 barat.

Tapi la ni, dah xmcm tu la.

Masalah ke-2 yg annoying adalah, apa jadah aku nak comment asyik tertekan ada je dekat forum ni? Agak2 la letak iklan dekat mobile. Teruk benar design.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 30-12-2022 11:57 AM
Masalah yg lagi besar adalah wording "moslem" dalam nama ni, ia merupakan satu derogatory untuk perk ...

Iols nk reply komen chuols pun terclick iklan tu. Btw dh try guna brave browser. Official web browser utk acik2 porem
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 30-12-2022 10:03 AM
Aura gayah kuat sangat


Nmpk jongos.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:24 PM | Show all posts
JokesCop replied at 30-12-2022 11:57 AM
Masalah yg lagi besar adalah wording "moslem" dalam nama ni, ia merupakan satu derogatory untuk perk ...

perkataan 'moslem' tu sebab ikut lidah native english yang kemudian dorang pun eja ikut depa sebut. Kalau nak ajar depa sebut macam arab, awal2 kena eja 'museleem' kenapa tak buat?

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:37 PM | Show all posts
tripleid replied at 30-12-2022 11:43 AM
Anak Abah PM kebangga walaun walauntit ke nih sbb pandai baca doa dlm tv

anak muhyiddin ke?


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakil Pas taknak bagi ucapan sepatah dua kata?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 30-12-2022 08:47 AM
Wakil Pas taknak bagi ucapan sepatah dua kata?

Betul tu. Setuju ke idok dgn mufti psl penggunaan priest ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 30-12-2022 04:37 PM
anak muhyiddin ke?

Habistu sape lagi vip nama Mahiadin kat Msia ni..ank pompuan Najwa yg penyanyi tu pun sokmo pkai style tudung itam ala2 The Nun
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa di tahun 2022 stage name beliau jadi persoalan? Bukan dah lama dia pegang nama ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.100233 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list