CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1529|Reply: 7

18 Tahun 'Dipijak' Majikan, Lee Seung-Gi Angkat Kaki’ Dari Hook Entertainment

[Copy link]
Post time 29-12-2022 11:20 PM | Show all posts |Read mode


Semuanya tampak sempurna sejak Lee Seung-gi mengorak langkah masuk industri hiburan Korea Selatan pada 2004.


Namun, sejak awal Disember tahun ini, penyanyi yang dikenali menerusi program 1 Night 2 Days itu menjadi bualan hangat akibat masalah dengan bekas agensinya, Hook Entertainment.


Masalah tersebut menjadi lebih besar selepas pelantun I Love You From Now On itu membuat keputusan ‘angkat kaki’ daripada Hook Entertainment yang menjadi agensinya sejak awal karier.




IG Seung-gi




Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan jumlah bayaran dan keuntungan yang didakwa belum dibayar pihak terbabit kepadanya.


Tidak ingin memperbesar isu, Hook Entertainment bertindak untuk membuat pembayaran 5.4 bilion won (RM18 juta) kepada Seung-gi, namun wang tersebut disumbangkan Seung-gi kepada golongan memerlukan.


“Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan menderma keseluruhan jumlah tersebut tidak kira berapa jumlah tunggakkan kecuali untuk tuntutan bayaran mahkamah.


“Jika wang tersebut boleh digunakan untuk orang lain yang lebih susah, saya dapat rasakan kebahagiaan lebih daripada nilai yang diterima.


“Mereka mungkin berpendapat saya hanya mengambil tindakan undang-undang untuk mendapat bayaran, namun bagi saya hasil titik peluh seseorang tidak boleh digunakan secara tidak adil atas ketamakan orang lain,” ujar Seung-gi dalam sebuah entri Instagram.




  



Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil peguamnya pada 22 Disember lalu, Seung-gi turut memfailkan saman terhadap pengarah dan bekas pengarah syarikat terbabit.


Tambah wakilnya pada November lalu, selebriti berusia 35 tahun itu tidak menerima sebarang bayaran daripada agensinya Hook Entertainment walaupun telah mengeluarkan sebanyak 137 lagu sejak ‘debut’ pada 2004.


“Seperti yang dilaporkan, Hook Entertainment telah menyembunyikan kebenaran mengenai keuntungan daripada lagu Seung-gi sepanjang tempoh 18 tahun dan masih tidak membuat pembayaran


“Berkenaan isu ini, kami telah menyaman Ketua Eksekutif Hook Entertainment, Kwon Jin-young dan pengarah eksekutifnya atas melanggar akta undang-undang jenayah ekonomi tertentu penyelewengan dan penipuan,” ujar wakil peguam Seung-gi.




  



Bukan sahaja gagal membuat pembayaran hasil keuntungan penjualan muzik, wakil peguam Seung-gi memaklumkan bahawa Hook Entertainment juga menyeleweng wang diperoleh menerusi kerja-kerja sebagai model iklan.


“Seung-gi mengetahui mereka tidak membayar sekitar 10 peratus wang komisyen.


“Hakikatnya pengarah terdahulu dan kini tidak memberikan kepada syarikat pengiklanan sebaliknya berkongsi sebahagian keuntungan tersebut untuk kepentingan sendiri,” tambahnya.


Dalam pada itu, wakil peguamnya menjelaskan bahawa mereka tidak tahu tujuan pembayaran yang dilakukan oleh pihak Hook Entertainment kepada Seung-gi dan masih meneruskan kes tersebut ke muka pengadilan.


“Jumlah bayaran sebanyak RM18 juta yang dihantar oleh pihak Hook Entertainment telah mengelirukan Seung-gi kerana tidak tahu atas dasar apa dan nilai tersebut berbeza dengan jumlah sepatutnya dibayar.


“Oleh itu, dia akan menjawab tuntutan atas ketiadaan hutang dan memfailkan tuntutan balas menuntut bayaran yang belum dibayar kepada lagu dan ganti rugi untuk aktiviti tidak bertanggungjawab mereka,” tutupnya.


Aktor itu juga memberitahu akan membawa kes mahkamah bukan kerana nilai wang tetapi ingin mendapatkan semula hak selepas tidak menerima sebarang bayaran daripada syarikat atas keuntungan hasil penjualan muzik digitalnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 09:00 AM | Show all posts
Ni betul2 perah keringat nih.. tapi knp skrg baru berbunyi dulu senyap jahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP: Ni betul2 perah keringat nih.. ...
aku baca ug si sunggi ni haram x tau nilai kerja keras dia, orang atasan dia tipu dia, konon dia akan dapat sekian2 tapi lepas tolak kos sekian2 dia dapat sikit je padahal dah dikebas oleh ceo syarikat tu sebab si sunggi ni artis paling berjaya dlm syarikat tu. bodohnya si sunggi ni macam baik sangat ala macam kes pelakon komedi kat korea selatan yg abang dia perguna habis duit hasil kerja keras dia. Si sunggi tu ingat betul la apa si ceo tu bagi tapi segalanya terbongkar lepas dia jumoa senior dia bagitau dia dapat pendapatan lebih tinggi padahal senior dia tu beshe dia tak popular sangat. Tu menunjukkan ceo dia manipulasi akaun syarikat buat kata si sunggi punya invome sikit ja dapat untuk cover balik kos diaorang. Kat korea ni banyak artis mereka kena tipu jadi lembu buat duit. Bila dh x berguna dia suruh balik rumah balik kampung kerja macam org beshe padahal perah habis hasil income kawan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:12 AM | Show all posts
Kesian betul dia ni, padahal kat sana dia artis papan atas woo
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:44 AM | Show all posts
pasal dia pun baru tau dia kena tipu.. sian oppa..
KamikuP: Ni betul2 perah keringat nih.. tapi knp skrg baru berbunyi dulu senyap jahhh..

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni member ilbakil jgk ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2023 12:47 PM | Show all posts
the dark side of kpop industry... i suka lsg ni dlm master in the house. tp belakon i x pollow sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sunggi. Follow dia masa 2d1n je. Master in the house tu kdg2 je tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.611695 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list