CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

Batu Nisan Dicabut Dan Patah, Polis Tahan Lelaki Rosakkan 11 Lot Kubur

[Copy link]
Post time 29-12-2022 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan seorang lelaki yang memiliki sejarah masalah mental pada Khamis kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim yang berusia lebih 100 tahun di sini Sabtu lepas.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel di sini kira-kira jam 1 petang tadi dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu.




Gambar hiasan




"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira jam 1.58 petang Sabtu lepas dan siasatan awal mendapati 11 lot kubur dengan batu nisannya dicabut dan patah manakala empat lot lagi mengalami kerosakan.


Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan di tempat-tempat perkuburan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid menerusi talian 011-31873715.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.035383 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list