View: 965|Reply: 14
|
18 Kanak-kanak Maut Minum Ubat Sirap Keluaran Farmaseutikal India
[Copy link]
|
|
Sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak Uzbekistan maut selepas dipercayai mengambil sirap ubat keluaran sebuah farmaseutikal India.
Kementerian kesihatan negara itu berkata, 18 daripada 21 kanak-kanak mengambil sirap Doc-1 Max, sebelum mengalami penyakit respiratori akut dan meninggal dunia.
Mengikut laman web syarikat berkenaan, ubat itu dipasarkan sebagai rawatan untuk gejala selesema.
 Gambar hiasan
Ia didakwa mengandungi Ethylene Glycol yang menurut kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluar kelmarin, adalah bahan toksik.
Turut dilapor bahawa kanak-kanak diberikan ubat sirap itu tanpa preskripsi doktor, sama ada oleh ibu bapa atau atas nasihat ahli farmasi.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada kesemua mereka meminum ubat daripada kumpulan keluaran sama atau mengambil lebih daripada dos standard atau kedua-duanya.
Susulan kejadian, Kementerian Kesihatan Uzbekistan memecat enam pekerja kerana cuai selepas tidak menganalisis kematian dengan tepat dan tidak mengambil langkah yang diperlukan.
Tindakan tatatertib juga dikenakan ke atas 'pakar', namun tidak menyatakan peranan pakar itu.
Semua ubat sirap dan pil Doc-1 Max yang diimport Quramax Medical LCC kini ditarik balik daripada semua farmasi tempatan.
Sementara itu, Marion Biotech selaku farmaseutikal yang mengeluarkan sirap ubat itu, mahupun Kementerian Kesihatan India masih belum mengulas pertanyaan Reuters berhubung perkara berkenaan.
Sumber kerajaan India bagaimanapun berkata, kementerian kesihatannya sedang meneliti dakwaan berkenaan.
India pada Selasa, menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa kilang ubat di seluruh negara untuk memastikan pematuhan standard kualiti yang tinggi.
Tragedi di Uzbekistan itu menyerupai kejadian di Gambia, yang mana sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak meninggal dunia kerana meminum sirap ubat batuk dan selesema yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal berpangkalan di New Delhi, Maiden Pharmaceuticals Ltd.
Kerajaan India dan syarikat terbabit menafikan ubat berkenaan menjadi punca kematian.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Serupa macam telor.....makanan dan ubat2 dari India is my last choice. Isu safety, isu cleanliness cam nakharom |
|
|
|
|
|
|
|
india ni dah berpakat dengan zionist yahudi nak bunuh umat islam di negara2 islam dengan jual ubat2 jahanam mereka di negara2 islam. hari tu kat ghana ka gambia, kemudian kes2 kat at indonesia beratus dah kanak2 mati, sekarang kat uzbekistan. Ni memang satu pakatan jahat kerajaan india dengan yahudi zionist. Smeoga Allah timpakan bala kat negara india. India dengan china sekarang sedang giat menzalimi umat islam di negara mereka. Bunuh orang islam uyghur dan kashmir, serang dan paksa gadis2 islam tak bagi pakai hijab untuk bagi wanita muslim jadi liberal atau bertambah mundur. mereka juga merogol wanita islam untuk hapuskan genetik asal kaum uyghur di china. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni budak2 kt indon yg kena.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minum sirap penenang |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 29-12-2022 11:08 PM
india ni dah berpakat dengan zionist yahudi nak bunuh umat islam di negara2 islam dengan jual ubat2 ...
Uih seriously? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-12-2022 11:09 PM
Minum sirap penenang
Tenang is good
Last2 transfer alam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ethylene Glycol tu bahan utama dlm radiator coolant atau anti freeze...pasal apa diaorg letak benda tu pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap malaysia takde import ubat ni
Bahaya tul laaa
Buh bhn toksik sbb nak bunuh org ker?
Dah boleh saman gomen india nih, apa teruk sgt nih? Ingat org lain perut semua mcm rakyat depa ke? Mkn street food yg kotor pun tak jd apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan rakyat negara luar pun ada mati guna ubat dia, inikan pulak rakyat sendiri. ai yakin ala filem tamil ramai budak dia mati guna ubat dia tapi didiamkan sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada kejadian di gambia ambil ubat dr india jg tempoh hari. Patut boikot dan saman dah pengeluar ubat ni dr kes gambia lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 30-12-2022 07:09 AM
sedangkan rakyat negara luar pun ada mati guna ubat dia, inikan pulak rakyat sendiri. ai yakin ala f ...
India dah over populated. Salah satu cara bagi mati dgn mkn ubat tu kurang sikit rakyat india. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat indon dah byk budak mati pasal kes yg sama...blh plak jual racun yg dikatakan ubat..gila betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|