CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1411|Reply: 15

Lelaki Tak Perasan Tertinggal Isteri Sejauh 150 Kilometer

[Copy link]
Post time 29-12-2022 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di Thailand secara tidak sengaja meninggalkan isterinya di tengah-tengah perjalanan semasa berhenti seketika untuk menggunakan tandas, sekali gus memaksa wanita berkenaan berjalan kaki lebih 19.31 kilometer (km), lapor laman berita NDTV semalam.


Boontom Chaimoon, 55 dan isterinya, Amnuay Chaimoon, 49, melakukan perjalanan dengan sebuah kenderaan pada Ahad lalu untuk menghabiskan cuti di kampung halamannya di wilayah Maha Sarakham.




Boontom yang memandu sebuah kenderaan (gambar kecil) meninggalkan Amnuay ketika dalam perjalanan ke kampung halaman mereka baru-baru ini. - New York Post





Pasangan itu berada di dalam kenderaan tersebut sehingga si suami berasa perlu pergi ke tandas. Dia kemudian menghentikan kenderaannya di tepi jalan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).


Bagaimanapun, isterinya turut melangkah keluar dari kereta dan memberanikan diri pergi ke tepi hutan berhampiran untuk membuang air kecil.


Namun, si suami yang kembali ke kenderaannya tidak menyedari bahawa si isteri masih belum muncul.


Sejurus kembali ke kenderaan, Amnuay tidak menemui kereta  atau suaminya lalu menyedari Boontom telah pergi meninggalkannya bersendirian.


Dia juga tidak membawa telefon bimbitnya kerana ia disimpan di dalam beg yang ditinggal dalam kenderaan tersebut.


Memandangkan hari gelap, wanita itu sangat takut dan keliru sebelum memutuskan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan bantuan.


Dia berjalan kira-kira 20 km sehingga sampai ke daerah Kabin Buri pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) dan dapat menghubungi polis tempatan yang memintanya menelefon suaminya.


Dalam pada itu, ketika sudah berada sejauh lebih 150 km, Boontom baru menyedari apa yang berlaku dan dia dengan pantas berpatah balik untuk mengambil isterinya.  




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan tak sedar bini takde kat sebelah..ke bini tidur kat belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia bisu ke? X logic la takkan tak perasan bini x bersuara lansung [em:11:]
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kencing pun kt hutan....
Ntah ntah ada yg menyamar duduk tempat isteri dia

Kt msia selalu tertinggal ank kt rnr
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita orang pernah tinggal anak di petrol station. Anak duduk belakang sorang2...anak dah besar. I duduk dalam kereta asyik dgn baca novel tak perasan anak keluar dr kereta pergi toilet. Bila suami masuk ke kereta, terus start engine , tanpa toleh belakang. Dah few miles baru perasan anak tak ada dalam kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 08:59 AM | Show all posts
macam tak berapa pelik cerita ni... normal laa.. dah pagi2 tu... suami assume isteri masih tidur kat tempat duduk belakang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa isteri masuk hutan nk membuang..situ takde tandas ke? Sbb lakinya elok je ke tandas..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 01:07 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 30-12-2022 05:17 AM
Dah kencing pun kt hutan....
Ntah ntah ada yg menyamar duduk tempat isteri dia

Yg ni boleh jdi, mnatahu ada yg mnyamar jdi bini heol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
150 km kauuuuuuu tinggalll.. kalo 1.5 km pun dah gelabah tetek.. takleh brain aku laki absent minded ginih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 02:44 PM | Show all posts
Naik berdua pun tak perasan satu dah kena tinggal ke memandu dalam keadan mengantuk tak pandang kiri kanan dah terus gerak je
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 02:57 PM | Show all posts
mejaputih replied at 30-12-2022 09:15 AM
Dah kenapa isteri masuk hutan nk membuang..situ takde tandas ke? Sbb lakinya elok je ke tandas..

tak semua tempat ada rnr mcm highway kita ...

ada yg panggil rnr pun ala kadar je ... ni entah2 lalu jalan biasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 03:09 PM | Show all posts
airisa replied at 30-12-2022 02:57 PM
tak semua tempat ada rnr mcm highway kita ...

ada yg panggil rnr pun ala kadar je ... ni entah2 la ...

kalau baca artikel yg si laki elok lak ke tandas...ke unisex punya tandas...tp lg bahaya kalau masuk hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 03:51 PM | Show all posts
Laki dia bengap ke atau bini dia lembam?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:01 PM | Show all posts
Untuk yang tidak tahu, di Thailand it's OK untuk berhenti tepi hiway dan kencing ja tanpa rasa bersalah ya. Malah siang2 buta pun itu adalah pemandangan biasa.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:13 PM | Show all posts
Oooo... Tak perasan ya....


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg plan nk tinggalkan bini tu sekali bini call pulak pakai fon polis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.112560 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list