CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Johor] Hentakan objek tumpul di kepala, punca kematian mangsa dera

[Copy link]
Post time 29-12-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUL Zaman menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS di IPK Johor. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai didera di Senggarang, Batu Pahat, akibat hentakan objek tumpul di kepala.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, punca kematian itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat ke atas mayat mangsa yang selesai semalam di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

"Hasil bedah siasat yang dibuat secara teliti dan didapati bahawa punca kematian mungkin hentakan benda keras di kepalanya.


"Selain itu, terdapat kesan calar-calar dan gigitan yang ditemui pihak doktor. Bagaimanapun, kita akan menunggu laporan penuh hasil bedah siasat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sehingga kini juga seramai 10 individu sudah dipanggil bagi dirakam percakapan bagi membantu siasatan termasuk beberapa ahli keluarga.

"Kita merakam percakapan ahli keluarga dan beberapa saksi yang kita yakin dapat membantu siasatan dan akan ada lagi individu yang dipanggil untuk dirakam percakapan," katanya.

Beliau berkata, lima suspek termasuk kakak dan abang ipar mangsa yang sebelum ini ditahan reman sehingga Sabtu ini, akan disambung reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari dirujuk ke HSI akibat pengsan di rumahnya dekat Senggarang, Batu Pahat.

Hasil siasatan awal polis mendapati kematian kanak-kanak itu dipercayai akibat didera dengan terdapat pelbagai kesan kecederaan baru dan lama di seluruh tubuh badannya.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan cucuhan api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ematian-mangsa-dera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.770703 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list