CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2119|Reply: 26

Ribut Salji Tebal, Air Terjun Niagara Beku

[Copy link]
Post time 29-12-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode
ONTARIO, KANADA – Ribut salji tebal yang melanda Kanada dan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan Air Terjun Niagara di Ontario hampir beku sehingga mewujudkan pemandangan serba putih serta memukau mata pengunjung, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan kelmarin, pengunjung dilihat memenuhi lokasi pelancongan popular di bahagian sempadan Kanada tersebut bagi melihat sendiri pemandangan yang jarang berlaku itu.


Imej dari udara yang dirakam selepas ribut salji melanda menunjukkan salji tebal memenuhi laluan pejalan kaki serta ais terbentuk berhampiran kawasan air terjun.




Foto: Getty Images




Kabus yang keluar dari air terjun juga secara beransur-ansur menambah lapisan air yang membeku di persekitaran, seterusnya menghasilkan ketulan ais besar dan menjadikan ia kelihatan seperti berada di bawah kaca.


Ribut salji paling buruk dalam tempoh 50 tahun melanda sebahagian Kanada dan beberapa negeri di AS dengan New York yang paling teruk terjejas.


Setakat kelmarin, 50 orang meninggal dunia di AS akibat fenomena ekstrem itu dengan banyak mayat ditemui di dalam kenderaan yang ditimbuni oleh salji tebal. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis forumer @Faraway ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Subahanallah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:32 PM | Show all posts
macam filem Narnia & The day after tomorrow
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:34 PM | Show all posts
let it go
let it go

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ONTARIO, KANADA – Ribut salji tebal yang melanda Kanada dan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan Air Terjun Niagara di Ontario hampir beku sehingga mewujudkan pemandangan serba putih serta memukau mata pengunjung,".....

Dik, sapa nak mengunjung dik nak tengok gini. Org dah darurat sejuk beku mati ramai.
Ini pun reporter yg ambik gambar sebab nak buat berita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Memanglah niagara falls beku jadi pepejal masa winter. Ummah hepi2 berjalan atas air terjun beku tu.


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:37 PM | Show all posts
aMAZING subhanAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 03:53 PM | Show all posts
Gila sejuk lah Niagara ni. Pergi bulan 3 ingatkan dah autumn rupanya tak. Keluar kereta kena berlari masuk hotel takut tak sempat sampai pintu dah beku

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan2 kena berhijrah ke atau tgh berhibernasi sejukbeku?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:19 PM | Show all posts
mejaputih replied at 29-12-2022 12:45 AM
Sis forumer @Faraway ok ke?

Mekasih, alhamdulillah ok walaupun ribut salji juga kat sini sampai sesetengah tempat banjir sebab air sungai keluar melimpah sebab angin kuat, syukur banjir tu stop satu jalan aje dari rumah kami..


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:21 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-12-2022 02:37 AM
Memanglah niagara falls beku jadi pepejal masa winter. Ummah hepi2 berjalan atas air terjun beku tu. ...

Exactly even sungai kat sini, bulan 2 bolehlah jalan ke pulau depan ni..

Air terjun tak jauh dari rumah ni, winter ada bukit baru timbul, titisan air terjun tu apa kita panggil, oh tempias, sikit sikit jadi bukit tinggi, fenomena hanya time winter, kami panggil bukut roti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:37 PM | Show all posts
Bawah paras beku berapa darjah celcius?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:42 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 29-12-2022 04:37 PM
Bawah paras beku berapa darjah celcius?

negatif2 gitu...tak tahan weih sejuk...mls nk kuar rumah bila winter teruk...duk dkt heater je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:59 PM | Show all posts
mana satu ni?  ada kata pemanasan global,  ni sampai beku kelu apa cer
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 29-12-2022 04:59 PM
mana satu ni?  ada kata pemanasan global,  ni sampai beku kelu apa cer

Akan menjadi satu2 cuaca tu menjadi extreme kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemanasan global akan sebabkan cuaca jadi ekstrim, bila ada bencana alam, berganda-ganda dahsyat dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tiap tahun time winter niagara falls camni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 06:24 PM | Show all posts
Takda lah pemanasan global, normal aje suhu camtu kat Canada.

Mama pun winter, takda sapa boleh duga..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:39 PM | Show all posts
mejaputih replied at 29-12-2022 04:42 PM
negatif2 gitu...tak tahan weih sejuk...mls nk kuar rumah bila winter teruk...duk dkt heater je...
...

Sejuk membeku macam dalam freezer kan

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list