CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 7

Lelaki Dikecam Warnakan Anak Anjing Jadi Kuning, Dah Macam Pikachu

[Copy link]
Post time 29-12-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Rakaman memaparkan seekor anjing gebu berwarna kuning milik seorang peminat bola keranjang NBA dikongsi oleh pengguna Twitter sehingga mengundang kemarahan netizen.


Anjing itu diwarnakan menggunakan pewarna kuning dengan pipi merah, persis watak animasi popular Pokemon iaitu Pikachu.


Peminat tersebut membawa anjingnya ke perlawanan bola keranjang antara Miami Heat dan Minnersota Timberwolves pada 27 Disember.




Foto: Daily Star




Rata-rata netizen berkata ia merupakan tindakan kejam terhadap haiwan kerana pewarna untuk kegunaan manusia boleh memudaratkan haiwan, menimbulkan penyakit seperti kanser dan luka akibat reaksi bahan kimia.


Ramai juga berkata ia ‘mengarut’ dan pemilik anjing tersebut patut dipenjarakan atas perlakuannya.


Pengguna lain cuba melaporkan penderaan dan pelaku tersebut kepada People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), sebuah organisasi mempertahankan hak asasi haiwan.


“Bodoh! Kesian anjing itu, negara ini sangat tak masuk akal,” komen beberapa pengguna Twitter.


PETA sebelum ini telah mendedikasikan keseluruhan laman web untuk haiwan yang mati bagi memastikan pemilik mewarnakan haiwan peliharaan dengan selamat dan menghalang sesiapa yang mempunyai alatan yang tidak betul daripada melakukannya sama sekali.


Selain itu, PETA juga menyatakan bahawa anjing peliharaan boleh mengalami tekanan, melecur atau mati akibat kandungan toksin dalam pewarna.


Pihak tersebut turut mengingatkan bahawa bahawa anjing juga makhluk biasa, tidak boleh dipergunakan seperti sesuatu alat. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 11:53 AM | Show all posts
Lain kali gunakan pewarna untuk buat cake ataupun kuih muih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
No. Not cute, human. That is torture to that canine friend of yours.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kita dye rambut, kulit kepala pedih kan?

So ya...Imagine apa anjing tu rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kuning sangat ko rendam air kunyit ja dikk
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
...shanteek ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 03:21 PM | Show all posts
anjeng tu pun bkn tau dia didera...akan mentalkah anjeng itteeww??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:47 PM | Show all posts
kalau kucing memang boleh cirit la sebab dia suka jilat bulu sendiri. Anjing tak pasti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040818 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list