CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 17

Tiada Kes 'Ameba Pemakan Otak' Direkod Di Malaysia

[Copy link]
Post time 28-12-2022 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Setakat ini tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri atau dirujuk sebagai ‘ameba pemakan otak’ direkod di Malaysia, namun rakyat dinasihatkan berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya ketika ingin melakukan aktiviti di kawasan air tawar.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan hari ini berkata, ini termasuklah mengelakkan diri daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ.


Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air mungkin dicemari oleh ameba yang boleh memasuki rongga hidung secara terus.




FB Noor Hisham




"Langkah lain ialah mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air dan segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti dalam air,” katanya.


Naegleri Fowleri ialah ameba termofilik atau organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta dalam tanah dan boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM) yang membawa maut.


Ameba Naegleri Fowleri juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang dan berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar.


Semalam, Korea Selatan telah melaporkan kes pertama jangkitan itu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an yang meninggal dunia pada 21 Disember selepas menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke republik itu pada 10 Disember lepas.


"Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat.


"Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan terbaharu tentang penyakit tersebut," kata Dr Noor Hisham.


Menjelaskan lanjut, beliau berkata gejala PAM pada peringkat awal menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah.


Katanya. gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher, kekeliruan, kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling, sawan, halusinasi dan koma juga boleh berlaku dan kebiasaannya, gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti.


"Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala," katanya.


Menurut Dr Noor Hisham, penyakit tersebut didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti dan rawatannya adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan namun sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit berlaku sangat cepat.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada pun, Menteri2 semua akan selamat.
Sebab semua takde otak utk si Ameba makan.


Oh. Dgn babi2 yg tak signal masuk simpang. Ameba carik2, tak jumpa otaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 28-12-2022 10:09 PM
Kalau ada pun, Menteri2 semua akan selamat.
Sebab semua takde otak utk si Ameba makan.


Sokong sgt..lps tu berhenti ikut suka je..ingat kita ni ahli nujum Pak belalang tau pe dlm otak dia..lgpun Pak menteri Malaysia ni mn de perasaan tkt kat penyakit..deme tkt kerusi deme di rampas je..tgk je zmn COVID ari tu..deme gak yg selamba kesana kesini..X nk kurantin pun..Kalo rakyat Malaysia ni pulak ade yg bebal degil nk mampos tu..lg di halang lg menjadi2 dibt nye...geram je kadang2 biar je spesis ni cpt pupus..menyusahkan kita je..kang x pasal2 kn kurantin lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 28-12-2022 10:14 PM
Sokong sgt..lps tu berhenti ikut suka je..ingat kita ni ahli nujum Pak belalang tau pe dlm otak di ...

Ya chuols.

Dik Ameba, tak payah lah masuk Malaysia nah? Sini dik Ameba susah nak carik makan. Ramai bebeno takde otak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mohon dijauhkan aamiin..ngisauuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 10:16 AM | Show all posts
Minta jauhla dari Negara kita terkena.. Dah merana dengan Covid hrtu x habis btul agi.. Ampunkan kami Ya Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 11:35 AM | Show all posts
Unicorn, Zombie Apocalypse.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 28-12-2022 10:16 PM
Ya chuols.

Dik Ameba, tak payah lah masuk Malaysia nah? Sini dik Ameba susah nak carik makan. Ram ...

Dr zmn COVID yg ramai kn yg meninggal rakyat je..Pak menteri semua kalis penyakit ni.. kadang2 jahat otak ni biar Pak menteri yg kn. Biar deme yg meninggal..sbb perangai masing2 hazab.. bl x kn penyakit mula la kesana kesini x de kurantin..Kita ni punya la riso kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 11:59 AM | Show all posts
orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air

melompat ke dalam air. Kalau masuk slow2 takpe ka?

Suka nama kuman ni. Patut semua kuman kasi nama macam ni. 'Corona pemakan paru2' boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak jahit punya nickname
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:01 PM | Show all posts
RinIna replied at 29-12-2022 10:16 AM
Minta jauhla dari Negara kita terkena.. Dah merana dengan Covid hrtu x habis btul agi.. Ampunkan kam ...

Ini bukan infectious disease kan? Siapa tak melompat ke dalam air tak perlu takut.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:10 PM | Show all posts
klaka bc komen tp tkut jugak kalo de kes kt mesia, teringat cter deranged
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Amoeba laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:20 PM | Show all posts
Semalam, Korea Selatan telah melaporkan kes pertama jangkitan itu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an yang meninggal dunia pada 21 Disember selepas menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke republik itu pada 10 Disember lepas.


Negara Asia Tenggara mana dalam berita ni? Awat tak tulis terus jerr nama negara tuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:51 PM | Show all posts
madamms1 replied at 29-12-2022 02:20 PM
Semalam, Korea Selatan telah melaporkan kes pertama jangkitan itu membabitkan seorang lelaki warga t ...

ada baca kat berita negara thailand.

kalau korang bukan jenis main air tasik berlumut atau sungai berlumut yg takde pergerakan air, insyaAllah takde apa...benda ni tak infectionous. dah lama ada kat negara2 mat salleh (dari iols penonton tegar citer2 siri doktor2)
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa form 4 kot belajar biologi kena lukis ameba ni la kan.
Huduh lukisan iols time tu ermm lukih organisma pun tak santek apatah lagi lukih muka org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 29-12-2022 04:45 AM
Amoeba laaaa

Betul la ejaan Ameba tu untuk BM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:20 AM | Show all posts
mejaputih replied at 29-12-2022 02:51 PM
ada baca kat berita negara thailand.

kalau korang bukan jenis main air tasik berlumut atau sungai ...

oo ok. Thank you for the informations!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.154290 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list