View: 3076|Reply: 44
|
'Kalau Tahu Nak Jadi, Saya Simpan Sendiri Budak Itu' - Datuk Saudara Budak Mati Didera
[Copy link]
|
|
Ibu kepada kanak-kanak berusia empat tahun yang meninggal dunia disyaki didera diberikan peluang menatap jenazah anak bongsunya itu buat kali terakhir.
Wanita berusia 39 tahun yang masih dalam tahanan di Penjara Simpang Renggam, Kluang diberi peluang kira-kira lima minit untuk berbuat demikian selepas jenazah kanak-kanak itu dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Wanita yang memakai pakaian tahanan berwarna ungu itu turut dilihat menangis sebaik keluar menuju ke van sambil diiringi dua pegawai penjara.
RUSLAN AHMAD mendukung jenazah cucu saudaranya yang meninggal dunia akibat didera di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Difahamkan, ibu kepada 11 orang anak itu hanya diberitahu tentang kejadian menimpa anaknya itu sebaik tiba di bilik mayat bagi memastikan emosinya terkawal.
Sementara itu, datuk saudara mangsa, Ruslan Ahmad, 47, kesal atas kejadian menimpa kanak-kanak malang berkenaan kerana dia pernah menjaga mangsa beberapa bulan sebelum kejadian.
Dia tidak menjangka keputusan untuk memberi peluang kepada ibu kanak-kanak berkenaan menjaga mangsa akan berakhir sedemikian.
“Setelah dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, kanak-kanak itu kemudiannya dijaga oleh saya sebelum dimaklum ibunya telah pulih daripada penagihan dadah dan meminta kebenaran untuk menjaga anaknya.
“Saya dan JKM buat keputusan beri dia peluang. Sepanjang dalam jagaan ibunya selama sebulan, saya difahamkan keadaan arwah baik. Saya juga bertanya khabar dan mereka maklumkan arwah sihat dan semuanya baik.
“Tetapi, lama kelamaan saya gagal hubungi ibu arwah dan apabila saya dimaklumkan tentang kejadian menimpa arwah, saya baru dapat tahu yang ibunya ditahan semula dan arwah dijaga oleh kakaknya. Kalau tahu benda ini akan jadi, saya dah simpan (jaga) sendiri budak itu, kita beri peluang ibunya jaga tetapi tidak sangka jadi macam itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ruslan yang juga seorang kontraktor tidak tahu kanak-kanak berkenaan dipukul, malah dalam penjagaan singkat ibunya kanak-kanak itu juga dipercayai dalam keadaan baik.
“Walaupun sedar ibu mangsa mempunyai kekurangan, tetapi dalam soal ini saya tidak menyalahkan dia kerana dia tidak tahu anak bongsunya itu menjadi mangsa dera sehingga maut,” katanya
Kelmarin, kanak-kanak malang itu dilaporkan telah meninggal dunia selepas tiga hari dirujuk ke HSI akibat pengsan di rumah di Senggarang, Batu Pahat.
Hasil siasatan awal mendapati kematian mangsa akibat didera dengan terdapat pelbagai kesan kecederaan baharu dan lama di seluruh tubuh badannya.
Lima individu ditahan polis termasuk kakak mangsa dan suami, serta tiga rakan kepada wanita berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihirojiun..
Ibu pnagih ddah, anak ada 11 org. Patutnya klu ada org baik2 n senang nak amik buat anak angkat, elok lpaskn je anak tu. Xpayah kata syg sgt anak klu diri sndiri pun ko xreti nak syng (mndadah). Xkena dera dgn mak sndiri, kena dera ngan adik bradik ipar duai plk. Ksian sgt anak2 yg ada mak ayah pnagih ni. Moga diprmudhkn urusan hdup mreka. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan artikel...logik jugakla apa yg datuk sedara dia cakap...dah siap meeting dgn JKM kan... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kalau takda perintah mahkamah, datuk sedara dia tak berhak utk bertegas nak jaga budak tu....kalau tak salah la |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnalihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahla. Gigih beranak 11 tu |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnalihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 28-12-2022 09:07 PM
rasanya kalau takda perintah mahkamah, datuk sedara dia tak berhak utk bertegas nak jaga budak tu... ...
Itu la nak rebut pun takleh takut ada yg report polis sbb dituduh menculik pula. Datuk saudara tu kira dah jauh sikit maybe datuk sendiri dah meninggal. Anak2 yg lain siapa pula yg jaga? Yg si kakak durjana ni anak ke berapa? X layak dipanggil kakak. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya la nasib anak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul. Aku benci baca cerita macam ni. Kadang2 ni balasan Tuhan kepada mak bapak budak yang pernah berbuat zalim pada masa lampau. Allah balas dengan menyayat hati supaya rasa sedih TUU pedih dan perit lalu insafff. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma nak ckp padan muka dkt mak dia. Haaa sebokkkkkk mendadih. Dadih la lagi. Sila dadih. Acah2 pulih, org dah percaya, kau dadih balik. Betina mcm ni, kau tembak je, kasi mampos, jadi tak membiak mcm lipas. Anak dah 11, gigih mendadih. Dah sedap mendadih, kangkang. Lepas tu buntinggg lagi. Beranakkk lagi. Tembak je, sampah masyarakat mcm ni. No use lah nak rehab2 bagai. Waste of air, waste of space, waste of money. Kasi mampos je senang. Padannn muka kau, dlm jail kau kenang2 lah arwah. Biar padan muka kau nangis2 tak berenti. Baru kau tau.
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn.. Rehatlah dik. Sesungguhnya Allah lagi sayang kau dik. Selamatkan kau drpd family neraka jahanam ni. Atuk sedara kau je yg baik dik. |
|
|
|
|
|
|
|
mana anak2 yang lain? risau pulak aku… kesian betul dapat bapak kaki dadah, mak pun sama… |
|
|
|
|
|
|
|
Mak baru 39, anak dah 11 org. Yg tua umur berapa? Agaknya yg mendera ni kakak sulung la tu kot. Mungkin stress kena jaga adik beradik ramai sebab mak mendadih. |
|
|
|
|
|
|
|
susukambingbest: Innalillahi wainna ilaihirojiun..Ibu pnagih ddah, anak ada 11 org. Patutnya klu ada org baik2 n senang nak amik buat anak angkat, elok lpaskn je anak ...
Kita nak tanam pokok pun selalu cari dari baka baik2... nak kabor tu je |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 28-12-2022 10:24 PM
Kesian betul. Aku benci baca cerita macam ni. Kadang2 ni balasan Tuhan kepada mak bapak budak yang p ...
Suka hati jah kau fitnah allah dek. Jom masuk neraka sama2 dengan akak dek dah alang2 kau buat dosa fitnah tuhan tu sister. Besar dosa kau dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak yang anak 11 orang ni dari bapak yang sama.ke?
Patut pompuan penagih ni elok.diikat je tiub kat rahim.dia.tu biar tak.membiak.mcm ni
Anak.mati baru tau nanges..
Masa budak.tu hidup..kaunsebok mendadah berduet dgn laki kau kan |
|
|
|
|
|
|
|
Oh atuk sedara iols igt atuk kandung umur 47.
So mana keluarga kandung mak dia nih?
Btw katanya 11 org ank, so apa cite yg lagi 10 tu, siasat la sikit keberadaan dorang. Ok ke idok?
Harap2 mak dia tak membiak lagi lepas kuar nnt, sudah2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Lima individu ditahan polis termasuk kakak mangsa dan suami, serta tiga rakan kepada wanita berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
kakak die sndiri pnya keje kan
seriously semua 10 org adik beradik ni kena pi hantaq ke kaunseling
rsnya ada yg kena rujuk psikiatri jgk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak budak tu yg dikatakan mendera tu umur berapa ya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|