View: 1043|Reply: 15
|
Ramai Kutuk Pusat Sains Negara- Kena Beratur Berjam Untuk Beli Tiket, Tak Ada Jual Online, Tak Boleh Guna QR Pay
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pengunjung Pusat Sains Negara (PSN) mengeluh apabila perlu beratur panjang semata-mata untuk membeli tiket masuk.
Menurut satu hantaran salah seorang pengunjung PSN di Twitter, keadaan itu amat menyusahkan pengunjung terutama sekali bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.
Katanya, PSN sepatutnya memboleh pengunjung untuk membeli tiket secara dalam talian seperti yang dilaksanakan sebelum ini ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: Twitter
“Sampai sekarang tak faham kenapa PSN tak boleh tempah tiket online? Masa PKP boleh buat tapi kenapa sekarang dah tiada.
“Boleh semak harga saja, lihatlah panjang barisan ini,” ciapnya.
Menurut individu itu juga, dia perlu beratur lebih satu jam untuk mendapatkan tiket masuk ke PSN semalam.
Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai menggesa PSN untuk menambah baik perkhidmatan mereka bagi memudahkan pengunjung di masa akan datang.
“Pusat Sains tapi tak moden, dulu ramai mengeluh tak boleh guna QR Pay,” kata Adie.
“Kali terakhir pergi pertengahan tahun, tak terima tunai. Warung lagi canggih dari Pusat Sains,” kata Ridzwan.
“Ini betul. Kebanyakan orang yang pergi PSN ini bawa anak kecil sebab nak bagi anak-anak belajar dan terokai sains, tetapi sebelum dapat masuk memang ibu bapa kena layan kerenah anak-anak sebab perlu tunggu lama untuk beli tiket,” kata Syarifuddin.
Selain itu, orang ramai turut meminta Menteri Sains Teknologi, Chang Lih Kang untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sebelum ini, Lih Kang pernah datang ke PSN bagi meninjau sendiri keadaan bangunan tersebut susulan aduan orang ramai mengenai kebocoran pada struktur bumbung ketika waktu hujan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni... apa-apa berkaitan Pusat Sains negara jer... aku mesti teringat pounder produk timbang kilo. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap menteri sains baru buang je mnagement hauk mkn gaji buta kat atas tu..baru la psn boleh setaraf dgn Petrosains kat klcc |
|
|
|
|
|
|
|
pelik nama pusat sains negara tapi teknologi memudahkan tak nak guna langsung? chang lih kang, you better do the job right. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols masih ingat lagi iols pergi Pusat Sains Negara masa iols darjah 2 dalam tahun mid 80s. Masa tu kat rumah banglo 2 tingkat, sekarang kalau uols lalu drp daripada Jalan Istana ke Jalan Duta/Parlimen, dah jadi ofis wildlife something (selalu lalu sini tak sempat nak baca tepat2 signboard rumah banglo tu.
Masa tu rasa iols best betul cuba benda2 dalam tu. Yg bangunan sekarang iols pernah pergi pergi sekali loonnng time ago, kebetulan ada pameran Da Vinci. Masa tu iols sengaja play tourist tidur hotel kat KL (padahal rumah Lembah Klang je), round segala mala Negara (muzium, Masjid, planetarium, KLCC dll) utk lepas rindu sebab nak duk jauh beberapa tahun. Nak cakapnya, time tu pun Pusat Sains Negara tu sendu yg amat, mujur harap ada showcase Da Vinci tu je. Kalau harap yg pameran biasa tu, banyak outdated, dan tak rasa nak datang lagi bawak budak2.
Jadi yg org datang ramai2 kat atas tu, sampai beratur panjang tu, ada apa uols? Ke semata2 sebab cuti sekolah? |
|
|
|
|
|
|
|
kaki tangan semuanya bergaji
buat tak buat kerja gaji jalan
sbb tu minda jadi lembab
jika swasta pasti dah maju kehadapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok ditukar jah nama jadik pusat babi negara kan babi? entah2 kandang babi pon lagi canggih dari ko |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terasa sainsnya.
Tukar jadi Pusat Antisains Negara.
Padahal Pusat Sains Negara ni eujud sezaman dengan Planetarium Negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 28-12-2022 08:54 PM
Tak terasa sainsnya.
Tukar jadi Pusat Antisains Negara.
Planetarium negara tu pun dah closed dari julai haritu
Harapnya wowerzz lah lepas bukak balik
Entah ape yg diupgrade entah |
|
|
|
|
|
|
|
elok ditukar jah nama jadik pusat noreen negara kan noreen? entah2 kandang noreen pon lagi canggih dari ko |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar ye gais. Psn tgh upgrade sistem deols.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 28-12-2022 09:09 PM
elok ditukar jah nama jadik pusat noreen negara kan noreen? entah2 kandang noreen pon lagi canggih d ...
Kandang noreen busuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
apo ni psn, beli pisang guring tepi jalan pun pakai qrpay |
|
|
|
|
|
|
| |
|