View: 1392|Reply: 11
|
Derita Derita Azizulhasni Awang Di Bumi Australia
[Copy link]
|
|
Malaysia masih boleh terus menyandarkan harapan kepada Datuk Muhammad Azizulhasni Awang dalam misi memburu emas pertama di Sukan Olimpik menjelang edisi Paris 2024.
Ia berdasarkan kejayaan jaguh berbasikal trek negara itu kembali menaiki podium antarabangsa yang pertamanya selepas berehat panjang susulan pembedahan jantung pada April lalu.
Magis Azizulhasni ternyata masih belum berkarat apabila berjaya menggondol pingat emas dan perak dalam acara pecut serta keirin pada edisi ke-125 Kejohanan Austral Wheelrace di Melbourne, Australia minggu lepas.
Foto: Kosmo
Namun, ada sesetengah orang merasakan pertandingan itu kurang berkompetitif tinggi seperti kejohanan-kejohanan lain seperti Piala Negara-Negara atau Piala Trek Asia yang menawarkan pungutan mata ranking dunia.
Begitupun, Olimpian berusia 34 tahun itu layak mendabik dada dan berbangga terhadap pencapaiannya atas beberapa faktor bermula dengan masalah kesihatan yang ‘menyerangnya’ awal tahun ini.
Sudahlah mengambil masa lama tidak ke trek kerana proses rehab termasuk pembedahan jantung, malah tidak ramai juga yang tahu The Pocket Rocketman terpaksa menempuhi pelbagai dugaan di bumi Australia.
Boleh dikatakan atlet dari Terengganu itu melakukan semua perkara melibatkan persediaan perlumbaan secara bersendirian buat kali pertama dalam kariernya.
Dialah mekanik, pembantu dan jurulatih kepada diri sendiri untuk menguruskan segala perkara dalam kejohanan yang dianggap sebagai perlumbaan legenda kerana telah berlangsung sejak 1897.
“Saya berbangga walaupun terkontang-kanting seorang diri. Pelbagai perkara saya lakukan secara multitasking termasuk warm up dan tukar gearing sendiri.
“Proses pemulihan agak perlahan pada usia pertengahan 30-an ini berbanding ketika 20-an. Ini kali pertama saya perlu berhadapan dengan cabaran pada usia sebegini.
“Bukan sesuatu yang ideal untuk tahap prestasi tinggi tetapi kadang-kadang jiwa kena kental. Jika kita sentiasa berusaha gigih tanpa rasa berputus asa, kejayaan itu akan pasti berdamping dengan kita tidak kira tua atau muda.
“Walaupun menjalani pembedahan jantung awal tahun ini, saya tidak melihat ia menjadi halangan saya terus berjuang untuk negara dan beraksi di Paris 2024. Masih dengan misi (terakhir) untuk menggapai pingat emas,” katanya.
Kejayaan Azizulhasni adalah contoh tepat yang seharusnya diceritakan kepada generasi muda supaya boleh memberikan inspirasi kepada mereka.
Pelbagai podium sudah berjaya ditakluk oleh bekas juara dunia keirin itu seperti tujuh pingat Kejohanan Dunia selain perak dan gangsa Sukan Olimpik.
Menariknya, jarang sekali mendengar kontroversi atau kisah panas membabitkan jaguh yang cuma berketinggian 1.68 meter itu di dada akhbar sejak membuat debut seawal usia 16 tahun.
Penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan kejayaan Azizulhasni itu membuktikan beliau sememangnya layak diangkat sebagai contoh terbaik buat atlet-atlet kebangsaan yang lain.
“Never say die, tidak cepat berputus asa atau menyerah kalah walaupun berdepan masalah kesihatan. Bangkit semula dan bekerja keras untuk dapatkan prestasi terbaiknya.
“Selagi hayat dikandung badan, selagi beliau rasa boleh, beliau akan terus berjuang untuk negara. Inilah role model yang tepat kepada atlet-atlet muda.
“Bukan gambaran menang di Australia, Azizulhasni akan mudah menang kejohanan dunia atau sebagainya. Namun, ini petanda yang baik untuk kita masih lagi boleh menaruh harapan kepadanya di Paris 2024,” jelasnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Yela..all the best la..tp andai xdpt juga yg dikejar, jgn la bersedih sgt..sbb hidup ni,.bkn semua kita blh dpt...tp andai dpt.. bersyukur la..good luck awang.. kehkehkeh
P/s awang tu sbb den tgk, org ganu suka panggil org lain awang... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya pelapis dia sume tak de semangat kompetitif atau bijak mcm dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah-mudahan tercapailah impian. Last kopek sebelum bersara. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik bersara- sakit jantung tu
jadilah jurulatih di Doha- lumayan gajinya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bitterchoc at 28-12-2022 07:07 PM
Pembedahan jantung? Rehatlah for now. |
|
|
|
|
|
|
|
lorr x tau pun jijo kena bedah jantung
bypass ke acaner tu
bahaya klu nk aktif2 sgt bila dh melibatkan jantung
ramai kan yg suddenly collapsed sbb ni
mintak simpang lah ye
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn ler jd mcm rosman alwi pd saat2 akhir karier nya.
cuba jd jurulatih.. fikirkan anak2 yg masih kecik |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.......kene manage sorg2...rehat lah jijo..ko pon dh byk sgt2 berjasa pd negara....pencen time tgh gemilang...mcm LCW,nicol david..etc...ko mmg hero sbnr.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|