CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4477|Reply: 35

Suami Dipuji-puji Iras Bintang Bollywood, Wanita Google Cari Siapa Saif Ali Khan

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara berkongsi gambar dan video bersama suami di laman sosial, seorang wanita dihujani dengan pelbagai soalan netizen mengenai perkahwinannya.


Rata-rata netizen turut mengatakan wajah suaminya persis bintang Bollywood, Saif Ali Khan selain kagum dengan badannya yang sasa seperti kebanyakan pelakon filem Hindi.




TikTok/Google




Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Nabila Nasarudin berkata, dia menyedari ramai yang bertanyakan tentang asal usul suaminya yang kelihatan seperti warga asing.


Namun jelas si isteri berusia 24 tahun itu, suaminya merupakan rakyat Malaysia berasal dari Taiping, Perak, mempunyai darah kacukan Pakistan dan Arab.


"Suami saya orang Malaysia. Masa saya mula buat content media sosial mengenai kisah kami suami isteri, ada yang kata muka suami macam bintang Bollywood, Saif Ali Khan.







"Jujurnya, masa tu saya tak tahu siapa Saif Ali Khan sebab saya tak minat menonton filem Bollywood. Tapi apabila semakin ramai beri pandangan yang sama, saya buat carian di Google dan baru tahu suami dikatakan mirip pelakon tu," katanya ketika dihubungi mStar.


Nabila yang juga berasal dari Taiping akur dengan pandangan segelintir netizen terhadap suaminya, Shah Faizal Suhel yang berusia 26 tahun.


"Mulanya saya rasa macam tak sama. Tapi apabila ramai asyik komen kata sama, saya buat perbandingan dan ada sedikit persamaan di bahagian mata, kening dan senyuman.


"Suami pada mulanya pun macam tak percaya, dia malu-malu. Tapi suami terharu juga sebab dia peminat filem Bollywood," katanya sambil menambah dia lebih cenderung kepada filem-filem genre misteri dan sains fiksyen seperti Avengers dan Avatar.







Pasangan ini berkenalan selama enam tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki kini berusia setahun.


Menurut Nabila, mereka mula mengenali antara satu sama lain menerusi Facebook sambil menambah sifat tanggungjawab lelaki itu berjaya menawan hatinya.


"Kami bermula masa zaman sekolah. Saya masih belajar di tingkatan tiga, dan suami di tingkatan lima. Dia adalah antara yang banyak memberi sokongan dalam pelajaran saya.


"aling saya kagum dan terharu adalah selepas kahwin apabila suami menjaga saya dengan baik sewaktu berpantang selepas melahirkan anak sulung.


"Masa tu baru kematian kucing kesayangan, saya meroyan tak boleh nak fikir. Suami banyak memberi semangat selain menjaga saya serta anak dengan baik," tambahnya lagi.


Walaupun dikatakan mirip pelakon Saif Ali Khan, suaminya yang merupakan pengusaha gim di Taiping mengidolakan bintang Bollywood, Aamir Khan dan Hrithik Roshan.


"Selain bakat lakonan, saya kagum dengan kedua-dua mereka yang melakukan transformasi badan menjadi sado. Mereka juga memberi inspirasi kepada saya dalam fitness," kata Faizal yang menyukai filem Dangal lakonan Aamir Khan.







Faizal yang juga jurulatih kecergasan menyertai beberapa pertandingan bina badan dan badan cantik, serta merangkul johan bagi Mr Perak kategori junior pada 2017.


Nabila berkata, suaminya juga yang memberi inspirasinya untuk kekal cergas dan mula aktif melakukan senaman di gim selepas kahwin.







"Saya akui ramai yang tertarik dengan video-video saya kerana suami berwajah pelakon Bollywood dan badan sado. Tapi saya tak cemburu, sebab dah kahwin kan. Cuma rasa kelakar apabila ramai asyik tanya suami saya orang mana," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wehh sama sksskkks
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 04:53 PM | Show all posts
sampah nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah halahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 05:10 PM | Show all posts
tak kenal saif ali khan? eehhmm....lemah!

acah acah terpaling ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 05:19 PM | Show all posts
geli aihh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2022 05:25 PM | Show all posts
motip banyak buat konten shirtless
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak takut ke...rogayah2 memerhati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 06:25 PM | Show all posts
Euwww.. makin lama makin galak lak si Nabila ni expose laki dia tu.. euw one more time
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa dlm video first muka anak die xsama pn mcm muka anak saif ali khan? tp video lain die compare tu sama?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 10:46 AM | Show all posts
Apa motif konten tiktok byk tak pakai baju? Anyway, bagi aku tak sama pun muka...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaga somimu baik2 ye dik.. Dlm tatapan acik2 dan gayah2 tu.. Jgn ditayang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:32 AM | Show all posts
tak kenal saif ali khan? lemahhhh ahahaa
byk mata memerhati tu dek non oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwwww...muka laki dia mcm gangster ahlong kutip hutang...sereeemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 06:48 PM | Show all posts
rupa bangla kutip sampah ja haku nengok... geli pun ada asik2 tak berbaju

ummah lemari bikini bottom apa laki hang tu kiahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 09:30 PM | Show all posts
sekali tengok macam saif ali khan, dua kali tengok rasa terteKhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tak pinjamkn bra kat laki ke? Besor kebabom tek dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang kena kebas baru tau… baik simpan senyap2, yg ko promote laki ko tu buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tipu je xkenal saif Ali Khan..tpi muka suami die mmg xnampak malaysian pon..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sama pun. Laki dia katik. muka standard pakistan carpet. ok done dengki...wakaka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.103519 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list