View: 1216|Reply: 7
|
Muka Dah Biru Terapung, Selamatkan Nyawa Budak Lemas Ibarat Hadiah Anniversary
[Copy link]
|
|
Kisah kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam kolam renang sebuah hotel di Johor pada minggu lalu, hangat diperkatakan netizen.
TikTok
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Adam, 8, berjaya diselamatkan orang awam sebelum dia dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
"Kejadian depan mata. Dah lima minit adik ni terapung, terlungkup dalam kolam. Ayah dia pergi ke toilet je kejap. Angkat-angkat je dari kolam, muka dan bibir dan kebiruan.
"Hampir 15 minit isteri saya Hadzlina Abd Jalil buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) pada adik Adam ni. Allahuakbar. Allah panjangkan umur adik Adam ni.
"Dia mula sedar dan bantuan ambulans sampai 10 minit kemudian," tulis saksi kejadian, Mohd Shazley Said, 39 di Facebook miliknya.
Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Shaz mengimbas kembali kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang beriadah dalam kolam di hotel berkenaan.
"Saya bercuti dan ada meeting di hotel itu. Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi, Rabu minggu lalu. Kami sekeluarga mandi bersama anak-anak serta anak saudara. Kita fokus anak kita, tak perasan anak orang lain.
Shaz dan isterinya antara pengunjung hotel yang turut membantu mangsa.
"Anak saya mandi dalam kolam cetek. Di sebelahnya pula ada kolam dewasa. Ketika berenang, kami terdengar ada orang lemas. Saya terus panggil anak-anak naik ke atas. Pada masa sama, saya nampak sebelah kolam dalam tu, ada orang dah angkat budak tadi.
"Dia bukan lemas terkapai-kapai, tapi dah terlungkup, terapung dalam kolam. Waktu naik tu dah biru. Lelaki yang angkat mangsa terus buat CPR, bergilir-gilir buat CPR dengan isteri saya dalam 15 minit. Saya pula ke lobi mendapatkan bantuan ambulans," katanya.
Menurut Shaz, dia bersyukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan, malah menganggap kejadian itu sebagai peringatan bersama buat ibu bapa di luar sana.
"Dalam 10 minit, ambulans sampai. Masa tengah CPR, dia tak ada reaksi. Tapi kita dengar nafas dia bila tekan dada. Bila dia mula menangis, Alhamdulillah kita rasa lega. Kejadian tu dalam 15 minit je.
"Bapanya naik ke bilik hotel untuk ke tandas dalam lima minit. Bapanya naik ke bilik di tingkat sembilan, kolam renang hotel pula di tingkat tujuh. Jengah beranda tengok anak dah terlungkup, tak bergerak. Saya difahamkan ibu mangsa pakai kerusi roda, bapanya nak hantar ibunya ke tandas.
"Ini pengalaman depan mata buat kami. Bagi saya, pihak hotel sepatutnya sediakan penjaga kolam. Pada masa sama, mak ayah juga kena pantau anak-anak. Ilmu CPR juga penting," ujarnya.
Menurut Shaz, dia juga berhubung dengan keluarga mangsa yang menitipkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Isteri Shaz bersama seorang lagi individu yang memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa.
"Selang beberapa hari bila dah viral, kami contact dengan mak dia. Mak dia juga hantar video kepada kami. Anaknya dah okey, tiga hari di hospital. Dia juga hantar voice note Adam kepada kami. Rasa sebak dengan kejadian tu," tambahnya lagi.
Untuk rekod, Shaz bertugas di Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP), manakala isterinya berkhidmat di di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dalam Kor Kesihatan Diraja sejak 19 tahun lalu.
Pasangan tentera yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur itu mempunyai lima cahaya mata dan baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan kelapan pada Ahad lalu.
"Ia juga boleh dikatakan rezeki kami dapat menyelamatkan nyawa adik Adam dan hadiah perkahwinan kami pada 25 Disember kerana dapat membantu menyelamatkan nyawa," ujarnyai.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dapat diselamatkan oleh pasangan yg ada ilmu CPR ni..
Selamat menyambut ulangtahun yaachhh.. anak lima ko... cuolls mampoo kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow
8 tahun kawen 5 anak uols...
Tahniah habang..
Selamatkan adek tu..
Mcm.anak iols.la...pantang lepa saje je gi kat kolam.dewasa..
Mmg iols skali kena dok tepi kolam.kanak2 tu tgk.dia mandi...
Habang n kaka dia pandai berenang..
Dia terkedek2 nak ngekor skali...sabo jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Takde lifeguard ke?
Teringat lifeguard nama kpl azreen kerja kat pan pac jb.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah..dah terapung. Belum ajal lagi budak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah!
Untung ada sedikit ilmu utk bantu org lain
Budak2 patut dr kecik lg dihantar ke kelas renang
Yg advanced skit diajar cara menyelamat, ada test & dapat sijil skali
Nnt boleh selamatkan org lain pula |
|
|
|
|
|
|
|
iol tlng ringkaskn bacaan teks korng yg nk mngomen tnpa baca penuh artikel gmbr artikel tnjuk laki n wanita (bukan suami isteri) tgh slmtkn adik adam. Wrtawan plk intrview suami kpd wanita yg mnolong adik adam. Suami ni yg tlng call ambulans n tulis kisah ni kt fb (viral). Suami wanita ni tentera. Isterinya pun tentera (nurse) kat hospital tentera tuanku mizan.
Ayah adik adam bwak maknya adik adam naik tgkat 9 utk pegi tndas. Kolam kt tgkat 7. Maknya oku brkerusi roda. (Mula iol nak kecam sbb nape xpegi tndas kt area kolam renang tu tp sbb maknya oku, iol simpan la kcaman). Tp ttap nk marah sbb tglkn anak kecik baru drjah 2 sndirian. Mcm2 blh brlaku tau. iol ttap slhkn mak ayahnya. Moga jd pngajaran utk kta smua. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat mereka berdua. Alhamdulillah, adik Adam selamat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|