View: 366|Reply: 1
|
Putin Haram Bekalan Minyak Mentah, Produk Minyak Terhadap Negara Sokong Had Harga Barat
[Copy link]
|
|
Presiden Vladimir Putin, semalam menandatangani perintah yang mengharamkan bekalan minyak mentah dan produk minyak selama lima bulan mulai 1 Februari depan terhadap negara yang menyokong tindakan had harga Barat.
Kumpulan Tujuh kuasa besar (G7), Kesatuan Eropah (EU) dan Australia bulan ini bersetuju untuk mengehadkan harga AS$60 (RM265.5) bagi setong minyak mentah laut Russia berkuat kuasa dari 5 Disember lalu ekoran operasi ketenteraan khas Moscow di Ukraine.
Sputnik News
Had itu adalah hampir dengan harga semasa untuk minyak Russia, tetapi lebih rendah daripada harga yang Russia mampu jual pada tahun ini, dan ia turut membantu mengimbangi kesan sekatan kewangan ke atas Moscow.
Russia ialah pengeksport minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi dan gangguan besar kepada jualannya akan membawa kesan kepada bekalan tenaga global.
Perintah itu, yang diterbitkan di portal kerajaan dan laman web Kremlin, dibentangkan sebagai tindak balas langsung kepada 'tindakan yang tidak mesra dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara asing serta organisasi antarabangsa yang menyertai mereka'.
"enghantaran minyak dan produk minyak Russia kepada entiti dan individu asing adalah diharamkan, dengan syarat bahawa dalam kontrak untuk mendapat bekalan ini, penggunaan mekanisme penetapan harga maksimum dijangka secara langsung atau tidak langsung.
"Larangan yang ditetapkan terpakai untuk semua peringkat bekalan sehingga pembeli akhir," nyata perintah itu, merujuk secara khusus kepada AS dan negara asing lain yang sudah mengenakan had harga.
Perintah itu, yang termasuk klausa yang membenarkan Putin menolak larangan dalam kes khas, turut menyatakan: "Ini... berkuat kuasa pada 1 Februari 2023 dan terpakai sehingga 1 Julai 2023."
Eksport minyak mentah akan diharamkan mulai 1 Februari, tetapi tarikh larangan produk minyak akan ditentukan oleh kerajaan Russia dan mungkin selepas 1 Februari.
Tindakan mengenakan had harga tidak berlaku sebelum ini meskipun pada zaman Perang Dingin antara Barat dan Kesatuan Soviet, dan ia bertujuan untuk melumpuhkan sumber negara Russia dan usaha ketenteraan Moscow di Ukraine.
Beberapa penganalisis berkata, had harga itu akan memberi sedikit kesan serta-merta ke atas hasil minyak yang diperoleh Moscow pada masa ini.
Bagaimanapun, ia disanggah Menteri Kewangan, Anton Siluanov yang semalam berkata, defisit bajet Russia mungkin lebih luas daripada 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang dirancang pada 2023, dengan had harga minyak memerah pendapatan eksport, halangan fiskal tambahan untuk Moscow kerana mereka berbelanja besar untuk kempen ketenteraannya di Ukraine.
Russia sejak berminggu lalu berjanji untuk bertindak balas secara rasmi dan perintah itu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh sebahagian besar pegawainya.
Had harga G7 membenarkan negara bukan EU untuk terus mengimport minyak mentah Russia, tetapi mereka akan melarang syarikat perkapalan, syarikat insurans dan insurans semula daripada mengendalikan kargo minyak mentah Russia di seluruh dunia, melainkan ia dijual kurang daripada had harga.
Negara-negara EU juga secara berasingan sudah melaksanakan embargo yang melarang pembelian minyak Russia.
Minyak Ural Russia didagangkan di atas AS$56 (RM247) setong semalam, di bawah paras had harga, namun minyak mentah Brent bergerak lebih tinggi sedikit dan naik 1.4 peratus pada AS$85.1 (RM376.6) menjelang jam 5.43 petang waktu tempatan.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok Putin teringat anak Anzalna.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|