CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1013|Reply: 16

Operator Kilang Curi Rayban Dipenjara Enam Bulan, Denda RM7,500

[Copy link]
Post time 27-12-2022 11:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang operator kilang dihukum penjara enam bulan dan denda sebanyak RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana mencuri sepasang cermin mata berjenama.


Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Ezry Azhari, 37, yang mengaku bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.




Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka kerana mencuri cermin mata berjenama.





Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri sepasang cermin mata berjenama Rayban bernilai RM1,017.


Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai cermin mata di pusat beli-belah Aeon Bandaraya Melaka dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6.30 petang pada 11 Disember lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah menyebabkan kecederaan kepada pengawal keselamatan, Abdul Rahman Hadzri, 32, dengan melakukan suatu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia dengan melanggar menggunakan kereta.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.


Tertuduh turut didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Kamarul Latiff Mat Sap, 30, yang juga pengawal keselamatan dan didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada pukul 7.19 petang di kawasan parkir di pusat beli-belah sama.


Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didapati telah melakukan khianat melanggar palang besi automatik sehingga mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM388 dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha memohon hukuman setimpal kerana melibatkan kecederaan kepada dua mangsa dan kerugian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 hari dan denda RM2,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Tertuduh turut dikenakan hukuman lima bulan dan enam bulan penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan Seksyen 338 kanun sama manakala denda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi kesalahan mengikut Seksyen 427 kanun sama.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat marhaen ni laju betul jatuhkan hukuman.. Singgah vvvvvvvip dah laa sakau duit rakyat, rasuah sana sini.. Tapi 1 pertuduhan pon tak lekat kat depa... Ape suweyyyy la
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh3
Kalau kau save duit skit2 pun boleh beli takat 1k+ tu
Ni bodoh, buat keje xclean, denda kena, rekod pun buruk
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 07:54 AM | Show all posts
mcm mana la blh terpikir nk mencuri spek mata gitu...beli kt pasar malam dah la kalau xmampu nk beli yg ori
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 08:50 AM | Show all posts
kat malaysia ni ada ke orang sengaja masuk penjara? kot la, lagi mudah ada makan minum
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua cinggey punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 08:58 AM | Show all posts
4 kesalahan

nasib x mati guard tu
klu dak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Memula nak kesian, sbb baca awal2 article.
Sekali, eh makin bawah, makin byk plk kesalahan ko.
Semata kerana Rayban. Puiii. Kat Shopee, berlambak yg fufu punya. Boleh buat basahan je. Yg penting, cemana kau gayakan. Ko kalau muka mcm Kak KM tu, kaya melangit pun, pakai apa nenek Rayban sekalipun, tetap laaa busuk muka tu mcm air milo basi
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 10:41 AM | Show all posts
aku lagi terkesan kalau yg dia curi tu roti utk menyuap makan anak dia yg berusia 4 tahun demi kelangsungan hidup

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 10:45 AM | Show all posts
AKAZ85 replied at 28-12-2022 07:16 AM
Rakyat marhaen ni laju betul jatuhkan hukuman.. Singgah vvvvvvvip dah laa sakau duit rakyat, rasuah  ...

Memang lah laju jatuhkan hukuman, dah tertuduh mengaku salah, nak bicara apa lagi? Ngok betul tak tahu bezakan keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 28-12-2022 07:16 AM
Rakyat marhaen ni laju betul jatuhkan hukuman.. Singgah vvvvvvvip dah laa sakau duit rakyat, rasuah  ...

Vip byk duit nok nk hire loyar lwn kes dia. Betahun2 pn bole drag kes.
Dok dlm jel pon dak sbb voley byr bail regardless how much the amount yg court mintak.
The rich & powerful voley bypass through it sbb byk duit.
So kita yg hidup sedang2 ni sebaiknya abide je la undang².
Life isn't fair nok.
Make peace with it
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 28-12-2022 07:21 AM
Bodoh3
Kalau kau save duit skit2 pun boleh beli takat 1k+ tu
Ni bodoh, buat keje xclean, denda kena, ...

Bergaya nak. Menyimpan tanak
Tak pon curik patu jual murah2 kt medsos
Sekadar menabur pitnah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 11:09 AM | Show all posts
AKAZ85 replied at 28-12-2022 07:16 AM
Rakyat marhaen ni laju betul jatuhkan hukuman.. Singgah vvvvvvvip dah laa sakau duit rakyat, rasuah  ...

46 cases dlm court pun layak dilantik utk jd TPM. For better Malaysia katanya.

utk tak OT, nak curi pun rayban mamat ni... cer yg meaningful sikit
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 28-12-2022 11:19 AM

"Ini macam la kjaan malezia bagus...saiya kasi terbalik u worang bendera...dia worang pangggil saiya bayar rm3500 sahaja..boleh kasi tinggal sini malesia lagi...suka malesia..abangla lap malesia"-Abangla terbalik jalur gemilang
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 12:50 PM | Show all posts
takde pula cerita macam mana dia curi. Pecah cermin showcase ka, acah2 try terus cabut lari ka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 28-12-2022 11:05 AM
Bergaya nak. Menyimpan tanak
Tak pon curik patu jual murah2 kt medsos
Sekadar menabur pitna ...

Kah3
Pengakuan penuh jujur tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.060381 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list