CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 4

Terkejut Tengok Longgokan Ayat Suci Al-Quran Di Timbunan Sampah

[Copy link]
Post time 27-12-2022 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Mengejutkan apabila longgokan pelbagai perhiasan dekorasi ayat suci al-Quran ditemui di lokasi pembuangan sampah haram di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, di sini, hari ini.


Timbunan berkenaan ditemui penguat kuasa SW Corp yang sedang meronda di kawasan berkenaan pada 12.15 tengah hari sebelum memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan polis.


Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, berdasarkan pemerhatian awal, ia dipercayai dibuang peniaga perabot dari Kawasan Perindustrian Nilai 3.




Ahmad Zaki (kanan) menunjukkan longgokan perhiasan ayat suci al-Quran yang ditemui di kawasan pembuangan sampah haram. FOTO Azrul Edham.




"Daripada maklumat berkenaan, JHEAINS, SW Corp, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai bergegas ke lokasi dan mendapati pelbagai ayat suci al-Quran dibuang di kawasan ini.


"Ia seperti bingkai dan perhiasan yang tertulis ayat suci seperti nama Allah, Muhammad, empat Qul, ayat seribu dinar dan sebagainya. Ia bukan helaian kertas daripada kitab al-Quran," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.


Beliau berkata, dengan kerjasama semua agensi berkenaan, kesemua perhiasan itu dibawa menggunakan lori milik MBS dan akan dibawa ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban untuk tindakan selanjutnya.


"Berdasarkan jumlah barang yang ditemui, jumlahnya boleh dimuatkan dalam lori tujuh tan. Kami yakin ia bukan ia bukan perbuatan individu.


"Bagaimanapun, kami mungkin menghadapi masalah untuk melupuskan ayat suci ini kerana bahannya bukan daripada kertas. Kami mungkin terpaksa mencari tempat pelupusan persendirian," katanya.


Ahmad Zaki berkata, perbuatan itu sebenarnya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mencela, menghina, dan sebagainya agama Islam.




Anggota penguatkuasa membersihkan kawasan longgokan perhiasan ayat suci al-Quran yang ditemui di kawasan tempat pembuangan sampah haram. FOTO Azrul Edham.




"Ini bukan cara yang betul untuk menghapuskan ayat suci al-Quran. Ia melambangkan kesucian dan kemuliaan agama Islam, malah perbuatan ini boleh menimbulkan rasa sakit hati umat Islam.


"Saya menyeru peniaga di sini supaya menghubungi pihak JHEAINS jika mahu melupuskan sebarang ayat suci al-Quran dan kami akan membantu mereka. Kami risau ia akan menjadi amalan jika tidak dibendung.


"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada MBS, SW Corp dan PDRM yang berganding bahu menyelesaikan kejadian ini kerana ia membabitkan bidang kuasa banyak pihak," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Up one level penghinaan terhadap Al Quran sejak PH memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada la tu dari kedai karpet pakistan yang kena banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:00 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-12-2022 09:17 PM
Up one level penghinaan terhadap Al Quran sejak PH memerintah

Slh stu ptanda dh akhir zman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.179220 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list