CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Masih ada ruang penambahbaikan'

[Copy link]
Post time 27-12-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode
'Masih ada ruang penambahbaikan'

oleh     SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   27 Disember 2022     02:15pm






Zhen Zune (tengah) ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Pulau Pinang, Georgetown pada Selasa.




GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang diminta untuk menambah baik dalam mendapatkan maklum balas awam berhubung program publisiti dan penyertaan awam terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030.

Jurucakap Pemuda Parti Gerakan Rakyat Pulau Pinang, Tan Zhen Zune berkata, pihaknya turut menggesa kerajaan negeri mengemukakan bilangan responden dan pekerjaan mereka yang telah menyertai program publisiti tersebut.

Menurutnya, perkara itu perlu bagi menunjukkan ketelusan dan penghormatan Kerajaan Pulau Pinang terhadap rakyat selain memastikan Rancangan Tempatan Pulau Pinang (pulau) 2030 adalah rancangan yang betul-betul milik rakyat serta memanfaatkan rakyat di negeri ini.

"Kita difahamkan program ini telah dilanjutkan daripada 13 Disember 2022 hingga 10 Januari tahun depan yang mana, inisiatif tersebut bertujuan untuk menarik lebih ramai rakyat menyertainya. Oleh itu, kita nak tahu, dalam tempoh tersebut, berapa ramai responden yang menyertai program itu.

"Adakah lanjutan tempoh program tersebut telah meningkatkan jumlah responden dan apa yang diberikan maklum balas oleh mereka yang terlibat. Kerajaan negeri perlu mengemukakan maklum balas yang diberikan responden kepada umum," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang di sini pada Selasa.

Kata beliau lagi, sekiranya bilangan responden tidak memberangsangkan, kerajaan negeri perlu mengambil inisiatif baharu untuk menarik minat rakyat dalam menyertai program tersebut.

"Kita mendapati, kerajaan negeri masih ada ruang untuk penambahbaikan yang mana ketika ini, ada tiga lokasi pameran iaitu Bangunan Syed Al-Attas di Lebuh Armenian, Bangunan Maker Space di Pasar Awam Balik Pulau dan Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan di tingkat 16, Komtar.

"Selain itu kita mendapati, masa pameran yang disediakan juga tidak sesuai kerana ia diadakan pada hari dan waktu bekerja. Majoriti orang awam bekerja ketika waktu itu. Hanya dua lokasi yang dibuka pada hujung minggu, itu pun hanya tiga jam," katanya.




Zhen Zune berkata, walaupun pihak berkaitan menyediakan laman web untuk orang ramai menyemak draf rancangan ini melalui dalam talian, terdapat banyak halangan antaranya rakyat perlu tahu lot nombor dan mukim tanah berkenaan.

"Bukan sema orang tahu lot nombor tanah dan mukim tanah yang mereka ingin semak. Ini telah mengehadkan penyertaan rakyat Pulau Pinang dalam program ini. Selain itu, kita juga mendapati bahawa Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 banyak menggunakan istilah profesional dan isi kandungannya tidak mudah difahami.

"Ini juga merupakan satu halangan untuk menarik minat rakyat menyertai program ini. Oleh demikian, kita berharap agar kerajaan negeri membuat beberapa penambahbaikan antaranya meringkaskan draf bagi memudahkan rakyat menyemaknya," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga diminta supaya tidak mengenakan caj kepada rakyat setiap kali melayari laman web berkenaan.

"Jika ia dilakukan secara percuma, maka rakyat boleh menyemaknya pada bila-bila masa dan berulang kali. Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis juga disarankan supaya mengadakan sesi 'townhall' bagi membolehkan rakyat faham rancangan tempatan di kawasan mereka.

"Kita juga mengharapkan kerajaan negeri mempamerkan draf rancangan itu di pasar raya tumpuan ramai seperti yang dilakukan pihak kerajaan negeri ketika mempamerkan 'Penang Solid Waste Management Roadmap 2050'," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.279251 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list