CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 2

"Macam Mana You Betul-Betul Yakin You Akan Dapat Kebahagiaan Di Akhirat?"-Mira Filzah

[Copy link]
Post time 27-12-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Mira Filzah tampil berkongsi pendapatnya mengenai amalan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat, baru-baru ini.


Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Mira menyatakan bahawa setiap manusia tidak pernah mengetahui situasi sebenar di akhirat nanti.


Namun, Mira turut mengingatkan agar setiap umat Islam kekal menjaga perkara-perkara asas agama biarpun sibuk mengejar kebahagiaan di dunia.


Foto: IG




“Macam mana you betul-betul yakin you akan dapat kebahagian di akhirat? I don’t know, you don’t know. Kita takkan pernah tahu kita akan berada di kedudukan bagaimana, macam mana di akhirat nanti. Kita takkan pernah tahu.


“Jadi, dalam kesibukan kita di dunia ini mengejar apa yang patut, mencari jodoh, cita-cita, mencari duit dan sebagainya. I think it’s very important for us not to forget our basic things.







“Sebagai contoh, solat lima waktu, belajar mengaji bagi sesiapa yang tidak tahu atau sekurang-kurangnya setiap minggu kalau dapat baca Surah Yasin setiap malam jumaat pun dah cukup bagus.


“Benda-benda lain seperti bersedekah, benda-benda yang boleh mendatangkan pahala pada kita supaya ini juga akan menjanjikan kita untuk mencapai goals kita di akhirat nanti,” katanya.




  



  



Perkongsian yang berdurasi satu minit tujuh saat itu sekali gus meraih pelbagai respons dari warganet yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap pasal akhirat tiba2 bawah tu tunjuk cake ....aduhhh dah lah petang2 ni lapar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 09:36 AM | Show all posts
cah cah je. ekleh basic ni puih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.245367 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list