View: 2885|Reply: 26
|
Peniaga B40 Besar Kepala! Suruh Pemilik Van Kosongkan Petak Parkir, Kacau Nak Meniaga Gerai Katanya
[Copy link]
|
|
Isu cop parking tidak pernah berkesudahan, terutama di kawasan perumahan pangsapuri.
Ada yang meletakkan kerusi plastik, tong sampah, kon, pasu bunga atau apa saja yang boleh dijadikan tanda petak parkir itu ia dimiliki atau dilarang masuk.
Namun, situasi sama turut berlaku di tempat awam, yang menempatkan kemudahan parkir untuk orang ramai.
 Foto: FB
Menerusi laman sosial, seorang peniaga membuat pemberitahuan bahawa terdapat sebuah kenderaan yang meletakkan kenderaan di petak parkir berdepan tapak jualannya.
"Assalamualaikum semua. Maaf ye mengganggu semua. Saya nak tanya, ada sesiapa mengenali owner van ni? Atau dalam group ni ada owner van ni?
"Nak minta jasa baik semua untuk beritahu owner atau owner sendiri ada dalam ni, untuk alihkan van anda sebab mengganggu kami berniaga," tulisnya.
Menurut peniaga itu lagi, keadaan tersebut menyebabkan pelanggannya mengadu ruang berniaga mereka agak sempit.
"Harap maklum ye, mohon segera alihkan van ada. Terima kasih," katanya dalam satu hantaran yang memuat naik foto sebuah van putih di kawasan parkir di tepi jalan.
Hantaran itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook sambil memberitahu sikap tidak bertanggungjawab segelintir golongan B40 boleh berlaku di mana-mana.
"Apabila B40 yang suka cop parking flat nak berniaga juga. Kau ingat tu kotak parking acik kau B40?" tegur netizen yang membuat perkongsian di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan sikap peniaga berkenaan, dan menyifatkan ia menjadi punca segelintir mereka disaman atau barang disita oleh pihak berkuasa kerana menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan.
"Sama je mana-mana, sini pun ada. Bukan parking perumahan, tapi parking depan bangunan kedai, lot parking untuk customer. Hujung sana dicop penjual goreng pisang, hujung sini oleh penjual buah-buahan, lot parking sentiasa sibuk dan penuh sebab depan bangunan lot kedai.
" arking tu dah jadi harta pusaka dia dah.
"Kalau aku, biar je situ satu hari tak payah alihkan. Lantak kau lah nak berniaga ke apa, banyak lawa muka kau, nak berniaga tapi menyusahkan orang lain.
"Salah ke parking kereta di tempat parking? Yang berniaga di tempat parking tu betul ke hak dia?" demikian antara komen netizen.
Malah ada yang menyarankan supaya laporan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kalau aku owner van, pergi report kat PBT. Biar kena angkut.
"Report je kat majlis perbandaran. Nanti kita tengok van kena saman ke acik yang kena angkut," kata netizen lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke eja NI, INI betul-betul..?  |
|
|
|
|
|
|
|
"ya butol misti mau repot sama bandalaya...saiya apa meniaga tada lesen saja u jangan repot"-Asing Worang la |
|
|
|
|
|
|
|
Reporters Mstar hauk.. lokasi mana.. ? Berita level gosip Rotikaya
 |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la rakyat mesia byk yg dah woke cam ni...
hanya kuasa pengguna boleh merubah our country for the better.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau belakang hospital ampang tu lagi lah, bahu jalan semua letak kon. Petak parking pulak dia org simen utk tapak gerai. MPAJ tidur agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga ambil petak parking ni sbnrnya pencuri. Kesian tau org yg sewa kedai, takde pelanggan sbb pelanggan tak dapat parking, semua dah dicuri dek peniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap 4 org lelaki dewasa gagah pekasa kasi angkat humban gaung itu van |
|
|
|
|
|
|
|
Humban itu gerai (stall) la... itu petak memang designated parking area. itu gerai la kasi humban.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..aku membayangkan si penulis ni mesti senget2 mulut sewaktu menulis niyhhh tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa dia agak lembut, bukan sarcasm. Orang macam ni I boleh tolerate. Sekurang2nya dia tak cop parking tu siap2, dan dia mohon alih secara baik. |
|
|
|
|
|
|
|
liton replied at 27-12-2022 01:06 PM
Kalau belakang hospital ampang tu lagi lah, bahu jalan semua letak kon. Petak parking pulak dia org ...
Mpaj mmg dari dulu hingga kini tido sedap..bangun time ambik gaji lps tu lena balik..ulang ulang mcm gitu lah sampai pencen |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah kena death stare dek India ni sbb parking kejap nak amik duit kt ATM.dlm kete ada mak aku .siap suruh mak aku keluar panggil aku alihkan kete.hanat betul mmg itu bukan tempat parking tapi itu jugak bukan tempat letak van ko utk niaga.aku park kejap je pun sbb x ramai org. |
|
|
|
|
|
|
|
juboqhang replied at 27-12-2022 01:03 PM
Reporters Mstar hauk.. lokasi mana.. ? Berita level gosip Rotikaya
kalau ikutkan rotikaya mcm up satu level sikit 
mstar ni dah teruk gila dah...org tweet secebis jer dah boleh buat satu artikel  |
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 27-12-2022 08:24 PM
kalau ikutkan rotikaya mcm up satu level sikit
mstar ni dah teruk gila dah...org tweet sece ...
Mstar mmg hauk sangat2.
|
|
|
|
|
|
|
|
still
yang berniaga tu sikit pun tak rasa bersalah
kang bila parking blok2 kete org lain
kita juga kena marah
berpusing2 cari parking tak jumpa2
sudahlah parking pun kena bayar
padahal parking penuh dengan peniaga je
bukan amik 1 petak
minimum sekali 2 petak dia bedal
|
|
|
|
|
|
|
|
hauknya perangai peniaga ni |
|
|
|
|
|
|
|
itulah
kalo kita panggil bifoti sentap koyak
kalo penguasa kasi saman kata pilih bulu
kalo kita tak beli kata melayu tak sapot
soalannya, brader ni bayo ke lot parking tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|