CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Sarawak] Cuaca beransur baik

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Keadaan cuaca di Sarawak dijangka beransur baik, kata Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Menurutnya, ia berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem cuaca bertekanan rendah telah terbentuk di Laut Sulu pada 24 Disember lalu dan seterusnya dijangka bergerak merentasi Sabah.

“Keadaan ini boleh meningkatkan kelajuan angin dan intensiti hujan di berapa kawasan di Sabah.

Manakala cuaca di Sarawak dijangka beransur baik. “Luruan monsun yang sedang berlaku sehingga 27 Disember ini pula berpotensi membawa angin kencang dan ombak besar di Laut China Selatan, perairan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambahnya, MetMalaysia telah mengemaskini amaran hujan berterusan yang kini melibatkan utara Sarawak dan Sabah sehingga 26 Disember 2022.

“Amaran hujan lebat berterusan peringkat waspada dikeluarkan bagi beberapa kawasan di utara Sarawak mulai semalam hingga Isnin, 26 Disember.

“Amaran tahap kuning itu melibatkan Bahagian Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang,” ujarnya.

Katanya lagi, amaran hujan berterusan itu turut merangkumi kawasan pantai barat dan pedalaman negeri Sabah, iaitu Daerah Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sabah dan Kudat untuk tempoh yang sama.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dan perairan Laut Sulu sedang berkuat kuasa sehingga 27 Disember ini.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov. my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” tegasnya.

Orang ramai juga menghubungi talian MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya bagi lima bahagian di Barat Sarawak merangkumi Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong untuk tempoh 48 jam, iaitu pada 23 dan 24 Disember 2022.

Hujan lebat tersebut sekali gus telah menyebabkan banyak kawasan di negeri ini mengalami banjir serta melibatkan ribuan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051112 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list