CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Sabah] Petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi maut diserang gajah

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode


MOHD HARIS
PENAMPANG: Seorang petugas Taman Hidupan Liar, Lok Kawi, di sini, maut dipercayai diserang seekor gajah pygmy, di sini semalam.

Mangsa, lelaki berumur 49 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan perut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sedang menjalankan tugas rutin memberi makan dan membersihkan gajah di kandang pameran haiwan berkenaan.

“Secara tiba-tiba, seekor gajah dewasa menyerang mangsa ketika sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.

“Akibat serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Mohd Haris berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan ketika ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/12/26/petugas-taman-hidupan-liar-lok-kawi-maut-diserang-gajah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.286036 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list