Anggota bomba membuat pemeriksaan di dalam kabin yang terbakar.
KUCHING: Sebuah kapal terbakar di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Bako dekat sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.24 petang.
Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan terus lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
"Komander operasi melaporkan kebakaran dipercayai bermula dari dapur kapal dan kemudian merebak ke kabin jurumudi.
"Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan hasil tindakan pantas pekerja kapal dengan menggunakan hos dan sumber air dari pili bomba berhampiran sebelum tibanya pihak bomba," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Komander operasi kemudian membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api.
Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
|