CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Sarawak] Hentikan sementara aktiviti daki gunung, berkhemah: Willie

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Orang ramai dinasihat agar menghentikan sementara aktiviti mendaki gunung dan berkhemah susulan musim tengkujuh ketika ini.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin (gambar) berkata, perkara tersebut susulan mengambil kira lokasi aktiviti yang melibatkan kawasan tanah tinggi dan curam.

“Kita perlu berhati-hati kerana hujan lebat turun di kawasan Puncak Borneo sejak 23 Disember lalu. Saya bimbang jika berlaku banjir besar dan gejala tanah runtuh.

“Justeru, kalau boleh hentikan sementara aktiviti luar seperti mendaki gunung dan berkhemah di sekitar tanah tinggi dan curam,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, semalam.

Sementara itu, Willie mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati ekoran keadaan jalan raya yang licin dan cuaca mendung.

“Bersama-sama kita berdoa supaya semua kita dijauhi dari sebarang musibah,” ujarnya.

Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengemas kini amaran hujan berterusan melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 23 hingga 24 Disember 2022.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan sedang berkuat kuasa sehingga 27 Disember 2022.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa meruiuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/12/25/hentikan-sementara-aktiviti-daki-gunung-berkhemah-willie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list