CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Sarawak] Pusat bandar Sibu mungkin di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce menjelang 2031

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode


Ting (dua kanan) melihat replika Wang Residence. Turut kelihatan Temenggung Datuk Vincent Lau (tiga kiri) di Sibu hari ini.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting menjangkakan dalam tempoh 10 tahun akan datang pusat bandar Sibu akan terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

"Pada pendapat saya, kira-kira 10 tahun lagi atau menjelang 2031, titik tengah Sibu akan dipindahkan ke Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Katanya, pembangunan pusat bandar Sibu sudah tidak dapat dilaksanakan kerana terlalu padat.

"Kalau hendak membangunkan kawasan pusat bandar kita perlu membeli bangunan lama dan membinanya semula dengan menelan belanja yang banyak," katanya pada Majlis Pelancaraan Projek Pembinaan Wang Residence di sini, hari ini.

Justeru, beliau memuji Kumpulan Daesim yang berpandangan jauh dan tepat pada masanya apabila melancarkan pelan pembinaan Wang Residence terletak di sebelah Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Ting juga memuji Wang Residence terletak di lokasi sangat baik dan di kawasan pengangkutan dan percaya akan mendapat sambutan amat menggalakkan.

Beliau juga mendedahkan fasa pertama projek pembesaran Jalan Oya di sini sudah pun dijalankan.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu beliau mendapat peruntukan sejumlah RM50 juta daripada Premier Sarawak.

"Pada 2023, memulakan fasa kedua Jalan Oya di hadapan Sekolah Menengah St Elizabeth," katanya.

Ting berkata, setakat ini beliau dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) membina jalan baharu sekitar dari Lorong 50 Hulu Sungai Merah hingga ke jalan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dohby.

Katanya, ini akan membantu memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya melalui kawasan terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.070738 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list