CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 0

Pelakon Bollywood Tunisha Sharma ditemukan tidak bernyawa

  [Copy link]
Post time 26-12-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Peminat turut berduka kehilangan Tunisha Sharma.

PELAKON Bollywood, Tunisha Sharma ditemukan sudah tidak bernyawa ketika di set penggambaran drama bersiri Visai di Mumbai, India.

Sebelum kejadian, pelakon berusia 20 tahun itu dikatakan pergi ke tandas namun tidak muncul-muncul bagi menyambung penggambaran.

Menyedari akan perkara itu, beberapa krew produksi cuba memecahkan pintu bilik solek mangsa dan menemuinya dalam keadaan tergantung pada kipas siling.


Tunisha Sharma sempat dikejarkan ke hospital.

Menurut Inspektor Kanan Kailash Barve dari Balai Polis Valiv berkata Sharma sempat dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihaknya juga akan menyiasat kes tersebut daripada semua sudut termasuk jenayah pembunuhan.



Menerusi tinjauan di Instagram mangsa, rata-rata ruangan komen meluahkan rasa sedih kehilangan pelakon berbakat besar itu.

Untuk rekod, aktres tersebut menceburi bidang lakonan sejak kanak-kanak dan terkenal dengan peranan Shehzaadi Mariam dalam Ali Baba Dastaa-E-Kabil.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... -penggambaran-drama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051368 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list